Melihat kemesraan mereka sejak akhir akhir ini keluar bersama dalam satu keluarga yang besar, memang terdetik di hati peminat untuk bertanya sama ada Norman Hakim akan mengahwini Abby Abadi semula.

Bercakap kepada Murai baru baru ini, Norman Hakim bersyukur hubungan beliau, Memey Suhaiza dan Abby Abadi kini berada dalam keadaan yang sangat baik demi kebahagiaan anak anak mereka.

“Namun untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya”

“Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami. Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama,” jelas Norman Hakim.

Selain keluarga bersama untuk anak anak, Norman Hakim juga berkata yang beliau, isteri & Abby Abadi sering keluar bersama akhir akhir ini untuk membantu Abby Abadi memulakan perniagaan butik beliau.