fbpx

Gambar: Memey Suhaiza Ikut Jejak Abby Abadi Dengan Bertudung?

Jika semalam kita ada foto menyejukkan hati antara Fasha Sandha & Nora Danish, kali ini ianya tidak kurang juga menarik perhatian ramai peminat dunia hiburan — Abby Abadi & Memey Suhaiza.

Memey Suhaiza baru baru ini ada mengirimkan beberapa keping gambar melalui akaun Instagram beliau dan seisi keluarga hadir ke acara sukan sekolah anak Abby Abadi & Norman Hakim.

Menariknya, Memey Suhaiza di’lihat ayu bertudung dan ini menimbulkan persoalan di’kalangan peminat sama ada isteri Norman Hakim itu kini sudah berhijrah mengikut jejak Abby Abadi?

Portal hiburan Murai melaporkan yang Memey Suhaiza kini sedang cuba untuk berhijrah sedikit demi sedikit selepas melihat Abby Abadi mula bertudung. Itu berita yang cukup bagus. Heh.

BACA: Memey Suhaiza Dalam Proses Memakai Tudung