Beberapa spekulasi yang timbul sebelum ini mengatakan Abby Abadi sudah menjadi tunangan orang nyata tidak benar dan perkara ini di’sahkan sendiri empunya badan yang sudah pun menjadi isteri orang.

Melalui akaun Instagram beliau petang ini, Abby Abadi kongsikan berita gembira bersama semua dengan mengatakan yang beliau kini sudah 12 hari bergelar isteri kepada seorang lelaki muda bernama Farhan.

“Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 1 2hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian — Allah kami dulukan. Insyallah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti”

Dalam tulisan yang sama, Abby Abadi turut memberitahu yang mereka hanya berkenalan selama dua minggu sebelum mereka ambil keputusan untuk bernikah dan menganggap ini sebagai jodoh.

Difahamkan suami beliau bernama Farhan ini berusia dalam lingkungan 20’an berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai pembantu di kedai tudung milik Abby Abadi sendiri. Kalau sudah jodoh ‘kan? Tahniah!