Memey Suhaiza Tidak Cemburu Suami Bermesej Dengan Abby Abadi
Baru baru ini satu rakaman skrin perbualan antara Norman Hakim dan Abby Abadi telah mendapat perhatian ramai apabila ianya dimuatnaik sendiri oleh Abby Abadi yang menunjukkan bekas suaminya itu memberikan kata kata semangat penuh manis buatnya.
Memey Suhaiza, isteri kepada Norman Hakim berkata beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa cemburu kerana suaminya sudah menunjukkan isi kandungan mesej berkenaan sebelum ia dihantar kepada Abby.
“Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan. Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut,” ujarnya.
Memey Suhaiza turut menambah yang beliau tidak terkesan dengan komen peminat yang antara lain menyarankan supaya Abby Abadi & Norman Hakim berkahwin semula kerana sudah tahu perkara sebenar sebelum mesej itu dihantar.
“Tiada kesan pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui — dalam keadaan sekarang kami adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya,“ tambah Memey Suhaiza lagi. (rtky/m)
Sumber: mStar Online / Gambar Oleh: Nabil Nadir
makin cantik pulak memey ni … :3
Bagus la kan….Rita Rudaini bila lagi yerk nk berdamai? Asyik melalak jer…..
Bagus la…jaga nama baik artis. Banyak sgt artis2 yg suka berperang lepas cerai. Rimas kekadang nk baca.
mmg la xcemburu…sb ko tu dh amek laki dia……laki dia pon dh lekat kat ko sb tu ko xkesah kan……xyah nk tunjuk baek la memey oiiii….phuiiii
Tunjuk baik pun susah…manusia
Berilah peluang kpd memey.. sy bkn peminat memey… yg lepas tu biarlah berlalu.. ada hikmah di sebalik kejadian… anggap ni semua jodoh… Allah s.w.t sebaik2 perancang…. x de sape yg suka bercerai berai..
suka tengok memey.. rupa manis, lembut orang nya dan ada sifat keibuan dalam dirinya. Pandai norman cari bini… kelas gitu. Semoga tuhan pelihara lah anak2 norman hakim dan isteri solehahnya.
Pakmalau arapla memey ni oyat dgn ikhlass atinya…..bagusla sapot menyapot nii..maso ni dio ssh…mana tau kot esok dio plak tulong mu…ssb pmalau ni banyok pglamannyo kalu bab poligami niii!…pnah nikoh 8 ore….bkn skali guss! 2 bini dlm 1ms!!!!cerai khwin,crai khwn sapa tingal 2 loni.tp bks bini pakmalau mcm mimey spotin…he he kih2…..
norman da bahagia dgn org yg boleh jaga dia sebaiknya…apa yg jadi pada abby mungkin ujian penghapus dosa2 silamnya…jadikan iktibar pada diri kita agar sentiasa bersyukur dengan pasangan sebelum kehilangan :-(
Sbnr da bcerai xkn baik…..
Nape perlu jwb dah review msg tu dulu sebelum norman hakim hntr. Tu hak suami dia dgn bekas isteri. Ckp jela xkisah pun kalo norman nak kembali dgn abby. So adakah jeles? Sbb in the first place memey yg cari hal. Just my 2 cent of thought la.
Respect..alangka bagus klu rita dan zareema berdamai spt abby n memey.. saling membantu dlm membesarkan anak.. kn bagus cam tu.. ne x asyik bergado je.. buat kesian pada anak2 jee…