Walaupun usia kandungan kini baru masuk bulan keempat, Memey Suhaiza nampaknya sudah ada nama untuk anak kedua beliau hasil perkahwinan dengan Norman Hakim. Menariknya, ilham nama anak kedua beliau ini datang dari perniagaan beliau.

Bercakap kepada Berita Harian Memey Suhaiza bercadang untuk memberikan nama Maya Delaila iaitu nama perniagaan pakaiannya kepada anak perempuan yang bakal dilahirkan kelak.

BACA: Rasa Selesa, Memey Suhaiza Putuskan Untuk Kekal Dengan Bertudung

Pelakon ini turut menambah yang beliau tidak mengalami sebarang alahan atau perangai pelik untuk kandungan kedua ini tetapi anak sulungnya, Mohamed Darwisz Hakim mula menunjukkan pelbagai ragam dan karenah sendiri.

“Awish terlebih manja. Memang lain macam jadinya. Awish nak perhatian lebih daripada saya. Mungkin juga sudah mula terbit perasaan cemburu. Gelagatnya memang mencuit hati saya, suami. Lebih melucukan, dia nak dekat sangat dengan perut saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau yang tidak berniat untuk meninggalkan dunia lakonan dalam masa terdekat berkata ilham memulakan perniagaan ini tercetus selepas sukar mendapatkan baju yang menepati citarasanya selepas tampil bertudung. (rtky/m)