fbpx

Rumahtangga Abby Abadi Ada Masalah?

Orang tua tua ada berkata, kalau ada masalah rumahtangga jangan dibawa ke laman sosial — berbeza pula dengan Abby Abadi yang walaupun tidak bercerita penuh di akaun Instagram beliau, namun memberikan bayangan yang rumahtangga beliau ada masalah.

Abby Abadi menerusi Instagram beliau beberaoa hari kebelakangan ini mengirimkan beberapa status meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk beliau dan suaminya walaupun tidak diceritakan apakah sebabnya.

abby abadi farhan ada masalah  - rotikaya

Apabila ditanya oleh para peminat yang ingin mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi, Abby Abadi bagaimana pun enggan membuka mulut dan terus meminta supaya semua mendoakan yang terbaik.

Dalam salah satu komen beliau, Abby Abadi turut menggunakan kata kata ‘peluang tinggal yang terakhir’ dan ini terus membayangkan yang rumahtangga pasangan ini seakan berada di hujung jalan. Apa cerita sebenarnya?

#02 abby abadi farhan ada masalah  - rotikaya

#03 abby abadi farhan ada masalah  - rotikaya

Abby Abadi bernikah dengan Farhan yang 12 tahun lebih muda pada 9 Julai 2013 yang lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan & pernikahan mereka turut menjadi bualan para peminat. Kami doakan yang terbaik buat Abby Abadi & suami. (rtky/m)