Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO. Tahniah!

Sepatutnya kami letakkan gambar Lisa Surihani seorang, tetapi ketika mencari gambar sesuai, terserempak dengan gambar comel mereka berdua. Jadi’lah.

Lagi pun pasangan Lisa Surihani & Mia Sara bakal muncul dengan filem terbaru mereka pada penghujung tahun 2011 ini — Papa, I Love You.

Dua tiga hari ini, isu perkahwinan Lisa Surihani & Yusry KRU menjadi bualan ramai sehingga gadis ini mengeluarkan kenyataan selamat dengan menunggu kenyataan dari pihak si lelaki.

Tetapi, bukan isu itu mahu kami mainkan di’sini tetapi Lisa Surihani telah menerima penghargaan dari badan politik Malaysia yang sedang bersidang hari ini. Teruskan Membaca

Gambar: Lisa Surihani Seksi Di Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2011

Orang kata , tajuk biar misleading janji isi kandungan penuh dengan bibit bibit awesome. Dan, ini ayat apa kau tulis wahai penulis?

Lisa Surihani adalah antara selebriti yang hadir ke sidang media pertama Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011) yang di’adakan di Holiday Villa, Subang Jaya petang semalam.

Beliau juga antara selebriti yang menjadi tumpuan pihak media termasuk kami yang kerdil ini — bertanyakan secebis soalan peribadi buat Lisa Surihani.

Memberikan komen tentang isu Astro berjaya terima hak eksklusif perkahwinan beliau, Lisa Surihani mengganggap itu bukan perkara besar kerana beliau merupakan wajah eksklusif Astro. Teruskan Membaca

BOTB: Lisa Surihani Dan Nur Fazura Di Parti Pelancaran LISA Malaysia

Ah kami rindukan pertandingan ringkas antara selebriti yang sudah lama kami tidak lakukan, hari ini — Battle of the Babe!

Jika kehadiran Fasha Sandha ke majlis pelancaran majalah LISA versi Malaysia menjadi sensasi satu Malaysia — apa kurang’nya kehadiran Nur Fazura & Lisa Surihani.

Nur Fazura merupakan penghias muka hadapan edisi pertama LISA dan Lisa Surihani hadir memeriahkan majlis meraikan majalah yang mengambil inspirasi dari nama beliau. Ya, kami bergurau.

Siapakah Pilihan Anda Untuk Merangkul Gelaran Artis Baru Wanita Popular Untuk #ABPBH25?

View Results

Loading ... Loading ...

Oleh kerana kedua mereka mengenakan persalinan yang ringkas namun tetap ada gaya tersendiri, Lisa Surihani & Nur Fazura kami aturkan untuk pilihan anda kali ini. Gambar rujukan seperti berikut. Rujukan, LOL! Teruskan Membaca

ADV: Jom Sertai Lisa Surihani Dalam Aktiviti Sihat Sofy 360 Minggu Hadapan

Berapa ramai antara anda yang rajin bangun pagi hujung minggu sebegini untuk bersenam & amalkan gaya hidup?

Tidak untuk kami, tidur itu nikmat Tuhan paling indah — selepas chicken wings & ais krim Magnum.

Minggu hadapan, walaupun tidak perlu untuk bangun awal pagi, anda ada sebab untuk mula amalkan gaya hidup aktif yang bakal di’anjurkan oleh Sofy 360.

Kempen terbaru Sofy 360, Hari Aktif Di Luar Ritmo Zum akan menampilkan pelakon terkenal Lisa Surihani yang bakal tampil menari bersama para peminat mengikut rentak Ritmo Zum — satu aktiviti sihat yang semakin popular di’Malaysia.

Aktiviti ini akan mengambil tempat di Piazza, The Curve pada 20 November 2011 ini dan Lisa Surihani akan bersama sama memulakan aktiviti sihat ini bersama pada jam 4 petang.

Jangan malu & jangan segan kerana bukan selalu peluang bersenam bersama Lisa Surihani datang bergolek sebegini. Lagi gambar Lisa Surihani ketika rehearsal baru baru ini. Enjoice! Teruskan Membaca

Gambar: Lisa Surihani Sekitar Sidang Media Istanbul Aku Datang, Cuti Seminggu

Sebenarnya malam tadi kami menunggu kelibat Lisa Surihani di karpet merah Anugerah Skrin 2001, namun hampa.

Perkhabaran yang kami terima, Lisa Surihani baru sahaja menerima kebenaran untuk bercuti selama seminggu dari doktor yang merawat beliau.

Ini semua gara gara Lisa Surihani mengalami sakit tekak & mata yang agak merisaukan selepas pulang dari penggambaran filem Istanbul Aku Datang di Istanbul, Turki.

Kami berkesempatan untuk bertemu Lisa Surihani di sidang media untuk meraikan tamat’nya penggambaran filem Istanbul Aku Datang di The Strand, Kota Damansara beberapa hari sebelum Anugerah Skrin 2011 malam tadi.

Gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini di’rakamkan ketika sidang media tersebut dan bonus untuk anda, beberapa keping bersama Beto Kusyairy. Selamat hari raya Aidiladha kawan kawan semua! Teruskan Membaca

1234