fbpx

Lisa Surihani Keguguran?

Sedang rakan artis yang rapat dengan dirinya kini sedang bahagia menimang cahaya mata yang pertama selepas hanya beberapa tahun berkahwin, ramai peminat mula mempersoalkan bila pula giliran Lisa Surihani untuk hamil. Anak itu rezeki Tuhan, tahu? Jangan persoal.

Tetapi, menerusi ruangan Diva Interaktif baru baru ini Kosmo! melaporkan satu khabar yang agak menarik untuk dikongsikan dengan anda semua tentang pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU.

BACA: Atasi Perdana Menteri, Lisa Surihani Punyai Paling Ramai Pengikut Di Twitter

Menurut wartawan yang menulis kisah ini, Lisa Surihani khabarnya pernah hamil beberapa bulan yang lalu namun telah mengalami keguguran & cerita ini datang daripada sumber terdekat dengan keluarga Lisa Surihani sendiri.

“Katanya, Lisa yang dah bertahun-tahun kahwin tetapi tak dapat anak bukan sebab ada banyak masalah kesihatan ke apa, tapi tiada rezeki. Jadi apa ceritanya, kawan Diva pun tambah khabarnya Lisa pernah hamil tapi keguguran. Kalau tak silap, beberapa bulan lalu,” memetik laporan.

Kalau benar apa yang disampaikan, besar dugaan yang diberikan Tuhan buat Lisa Surihani & juga Yusry KRU sekeluarga. Dengan izin Tuhan, akan ada rezeki pasangan ini untuk timang cahaya mata kelak. Peminat semua harus doakan, bukan persoal. Ye tidak? (rtky/m)