fbpx

Penat Dengan Komitmen, Lisa Surihani Mahu Berehat

Pelakon yang juga isteri kepada Yusry KRU, Lisa Surihaini memberitahu bahawa dia mahu berehat seketika dan akan bercuti bersama-sama keluarga serta kenalan rapatnya pada bulan Disember sehinggalah awal tahun depan.

Lisa Surihani juga merancang yang dia akan ke Pulau Pinang bersama keluarganya turut akan ke Phuket bersama-sama kenalan terdekat untuk bercuti.

“Saya akan berehat dan nak luangkan masa dengan keluarga. Sekarang nak bercuti masih ada komitmen. Saya minta cuti sebulan daripada Astro untuk berehat. Pada cuti yang lepas iaitu awal tahun 2014 saya ke London dan Florida,” katanya yang ditemui semasa majlis tayangan super telefilem Strawberi dan Karipap Sesat di Paris.

Pada tahun ini, Lisa telah merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang bersama dengan keluarga terlebih dahulu sebelum terbang ke Phuket pula. Bagi keluarganya sendiri sudah menjadi rutin untuk mereka keluar melancong dan menyambut tahun baru bersama.

“Saya akan ke Pulau Pinang bersama keluarga terlebih dahulu dan kemudiannya akan ke Phuket pula selepas itu. Di sana aktiviti akan dirancang oleh mak cik saya dan saya akan ke pulau yang terdekat,” katanya yang begitu teruja untuk bercuti.

Lisa turut menceritakan yang dia dan Yusry pernah bercuti seketika tetapi hanya di Kuala Lumpur dengan menaiki teksi dan bermalam di hotel berhampiran KLCC. Walaupun mengambil masa yang sekejap dan hanyalah di Kuala Lumpur tetapi mereka berdua begitu gembira dan teruja sekali.