Nur Fazura Menangis Akibat Putus Cinta
Kisah cinta dan nama pelakon popular Nur Fazura sebenarnya agak sensitif untuk dibincangkan lebih lebih lagi perkembangan terkini, ya anda faham sendiri. Muncul dengan filem terbaru berjudul Manisnya Cinta Di Cappadocia tidak lama lagi, Fazura ada ‘kisah cinta’ mahu disampaikan.
Fazura mengakui beliau mengalirkan air mata ketika menonton lakonannya dalam Manisnya Cinta di Cappadocia terutama membabitkan babak putus cinta lebih lebih lagi karakter yang dibawanya dalam filem itu mempunyai persamaan dengan dirinya.
BACA: Fazura Kini Bergelar Penyanyi, Bakal Lancarkan Single
“Kematangan Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang seorang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai,” ujarnya kepada Malaysian Digest.
“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi”
Manisnya Cinta di Cappadocia merupakan filem adaptasi novel karya Anis Ayuni yang diarahkan oleh Bernard Chauly & bakal ditayangkan di pawagam mulai 11 Disember nanti. (rtky/m)
xyah la ko nangis kak oii.. terkenangkan TMJ la tu.. dah jd laki org dah pon.. toksah la nak meroyan.. hihik! bersepah lg jantan kat luar tu.. try usaha lg tgk mane2 yg muda2 yg kaye tu.. maklum la taste ko yg kaya2 je.. tua2 xnak..
jangan la jeles dengan dia, dia memang artis tercantik, kalau tak tahu cerita pasal dia dengan TMJ tu lebih baik tutup mulut, ko yang meroyan sebenarnya bukan fazura,
Ape citer yang sebetolnyer? Mak Pak TMJ xterima ke sebenornye ke guane ce citer sket
Dah tak de jodoh, nak Buat camne…ajal maut, jodoh pertemuan ditangan tuhan kann…
Jodoh pertemuan Allah yg tentukan, DOA kami mug a fazura dpt lelaki yg dpt membahagiakannya hingga kehujung nyawa,jgn sesekali menyesali taldir, allah maha tau, apa yg terbaik utk hambanya.
Dulu I bkn peminat Pajura,tapi sejak I tau kisah cinta dia dgn TMJ 2012,I mula jd peminat dia.tiada jodoh.tapi takpe,Pajura jauh lebih cantik dr Kalida.umur 21,tapi mcm org umur 41 ha ha
Entah cam ne psaan tmj nanti kalau dia tengok filem tbaru pajura.alamak cantiknya bekas kekasih aku,kata tmj dlm hati.kembang hidung kalida dpt tmj
Alah fazura. Taste kau kan high class je. Cari lah mana2 laki kaya yg available. Khalida tu tak habis polish lagi, tak nampak lagi aura dia as a princess. Boom zaas! Entah-entah lagi hot daripada fazura. Fazura dh tua
semoga fazura dipertemukan jodoh yang baik-baik. insya allah ada jodoh terbaik untuk fazura.
p/s: macam mana korang tau taste dia nak yang kaya-kaya je? sebelum ni dia pernah bercinta dengan hady mirza. hady tu kaya ke? hebat betol korang ni. dasat.