Lisa Surihani Tunai Permintaan Suami
Mengakui dirinya seorang yang tidak gemarkan filem seram Lisa Surihani tak pernah terfikir yang beliau satu hari akan membawakan watak utama dalam filem sebegitu. Namun dek kerana pujukan suami, beliau menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Dendam Orang Mati.
BACA: Atasi Perdana Menteri, Lisa Surihani Punyai Paling Ramai Pengikut Di Twitter
“Sewaktu saya ke lokasi filem Ular, Yusry berkata pada saya kenapa tidak saya cuba cabar diri dan keluar dari zon selesa. Selepas itu saya pun memikirkan semula tentang tawaran itu dan saya beritahu Yusry yang saya kana terima tawaran itu tapi dengan satu syarat”
“Pihak produksi perlu beri saya sesi bengkel lakonan. Allhamduillah, saya dapat mengikuti bengkel lakonan bersama Fauziah Nawi. Melalui kelas beliau, banyak membantu untuk saya menghidupkan watak Lena ni. Dan apabila di set, Jason yang bertanggungjawab mengawal perimeter pewatakkan Lena. Tanpa dorong kuat dari suami saya, tunjuk ajar ibu Fauziah, Jason dan seluruh tenagan produksi, saya tak mungkin dapat lakukannya,” ujar Lisa Surihani.
Bercakap kepada media ketika tayangan perdana filem tersebut juga, Lisa Surihani juga mengakui tertekan dengan kerja dilakukan diakhir akhir penggambaran yang melibatkan babak mencabar seperti letupan dan kebakaran selain tempoh bekerja lama sehingga 28 jam.
“Saya mengalami sedikit tekanan mungkin sebab pembawakan emosi Lena. Tapi Yusry banyak memberi sokongan untuk melawan perasaan itu. Bayangkan kami jalani penggambaran sehingga 18, 23 hingga 28 jam lamanya. Balik rumah mandi kemudian datang set semula. Persekitaran set juga satu cabran buat kami. Set yang kotor dan seram,” tambahnya.
Filem Dendam Orang Mati bakal berada di pawagam bermula 23 Oktober depan. (rtky/m)
Lisa kalau berlakon aku x minat sangat … sbb xberkesan langsung lakonan dia .. tp kalau jadi pengacara boleh laaa .. sori fans lisa .. ini pendapat ikhlas dr saya .. :D
pengacara pon same jek kaku jek
Lisa ni kalau berlakon bagi lah apa jugak watak, semua menjadi…. menjadi kayu jati!
aq skg komen uoollss,,kdg2 mcm x feel je tgok dia brlkon kan,,,sori ye
Komen sy sm spt yg lain..tp ape pn,lisa dh lakukn sdya upaya bw wtak yg dmnta suaminye..cuma lisa prlu lg keje kras utk apa saja wtak dberi..hrp lisa xamik ati ats komen2 pminat..anggp komen tu sbg cbaran utk bjaya spt ibu fauziahnawi…ape pn lakonan liSa..u ar de best..ok..
Lisa tak pandai berlakon. arkward gila rasa tgk. sori lisa. teuskan belajar lagi. jauh lagi perjalanan, masih belum setanding dengan eli suriati,fauziah nawi, fasha sandha etc..
Tak pe la…nak cuba sesuatu kelainan..kena tengok lah nanti
tapi die lebih baik … drpd kitorg yg x leh wat ape2 ni ha..
Yg bnyak ckap tu,pndai ke blakon??klau xpndai,taya nk bnyk ckap…keje nk kutuk org je..
Ntah la
nak kata orng cermin diri sendiri dulu…http://Ros-Rahim.sharethisstory.net/my-852646-5934
lisa ni cantik sgt. tapi kalau bab berlakon, everytime saya tengok saya yg rasa awkward. especially cerita sekali lagi. part dia marah anak dia, wuishh.. tak sesuai langsung.
kesian lisa…
Laki produser bolelah…suma nk ks kat bini.plg org ngat ombak rindo da wuper bapok…