Lagi kisah Nur Fazura untuk hari ini, kenapa tidak? Melalui Twitter beliau dua hari lepas, Nur Fazura ada memuat naik sekeping gambar paparan mesej yang sedang berlegar di internet mengatakan dirinya sudah dilamar oleh penyanyi kelahiran Singapura, Taufik Batisah.

Khabar angin yang mengatakan Nur Fazura telah selamat dirisik oleh keluarga Taufik Batisah pada pagi Sabtu lalu itu katanya mula disebarkan oleh seorang individu bernama Sabrina yang mengakui sebagai sepupu Fazura kenal rapat dengan keluarga pelakon tersebut.


BACA: Jadi Mangsa Serangan, Fazura Bahasakan Peminat Virus Di Instagram

Fazura Nafikan Khabar Angin Bertunang Dengan Taufik Batisah - ROTIKAYA

Macam macam cara orang lakukan untuk dapatkan perhatian selebriti seperti Fazura. Sejak sama sama bergelar juri di program Maharaja Lawak Mega 2014, ramai peminat yang suka melihat gandingan Fazura & Taufik Batisah dan tidak kurang doakan mereka berjodoh. (rtky/m)