Lisa Surihani Selesa Dalami Watak Ibu Mengandung Dalam Filem
Aktres Lisa Surihani yang melakonkan watak sebagai Aleeya Azmeen dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw berjudul Suamiku Encik Perfect 10! menjelaskan bahawa untuk menjiwai watak wanita mengandung dia banyak membuat pemerhatian dan berbincang bersama pengarah filem apa yang perlu dilakukannya untuk memperkemaskan lagi wataknya dalam filem tersebut.
“Saya banyak buat pemerhatian sekeliling dengan melihat orang lain yang mengandung supaya saya dapat lagi mendalami watak wanita yang mengandung. Saya juga banyak berbincang dengan pengarah untuk mengetahui apa yang dikehendaki dan disukainya dalam watak Aleeya Azmeen”
BACA: Nabil Menggigil Ketika Adegan Mesra Peluk Lisa Surihani
“Selain itu saya juga membesar bersama-sama dengan saudara-mara saya yang lain dan daripada situ saya melihat bagaimana mereka ketika mengandung,” katanya.
Chemistry yang ada di antara Aaron Aziz & dirinya menjadikan watak mereka berdua hidup dalam filem ‘Suamiku Encik Perfect 10!. Bagi Lisa Surihani komitmen yang ada sebagai pelakon profesional membuatkan mereka berdua serasi di layar perak.
“Saya terkejut dan tak sangka apabila orang mengatakan kami berdua ada ‘chemistry’ dalam filem ini. Bagi saya kerja atau komitmen yang kita buat perlu ikhlas. Begitu juga bila saya bergandingan bersama Beto dalam Istanbul Aku Datang walhal saya sebelum itu tak pernah berlakon bersama”
Buat peminat yang ingin menyaksikan filem yang diadaptasikan daripada novel popular Suamiku Encik Perfect 10! bolehlah ke seluruh pawagam tanah air pada 22 Januari ini. (rtky/hfz)
moga lepas ni Lisa mengandung betul ye. Amiinn~
tak sabar nak tgk Lisa dalam filem ni
awat lha hang nak pertikaikan yusry tu. ney orang kata tak da rezeki.
hang tu dah ada anak ka?
kalau hang ada anak. cuba bayangkan kalau anak hang kawin
orang kata anak hang mandul ?
sakit hati tak?
fikir dulu sebeblom comment. kang tak pasal2 kene bash.
Dh kenpe lh ni nurhafiza ni. Ckap tak guna akal fkiran.. Dah xde rzeki dorang lagi nak buat macam mana..
Nurhafizah- apasal mulut mcm puaka ni suar! klau dpt laki yg dpt kasi bunting tiap tahun tapi perangai mcm setan syaitan pun takde maknanye…
orang kaya educated cem derang kau hengat kesah nak anak ke…. siti pun x hingin anak buat apa nyusah je jaga baik pegi mengeteh shopping chanel ke xkosser nak heret bebudak kecik nilah zaman skrang ni
mana kau tau dwg nak anak ke tak. sapa tak nak anak. anak tu ceriakan lagi keluarga depa.
mulut memasing macam longkang busuk. aku rasa longkang pun wangi lagi.
Tukan rezeki depa. Biarlah dah Tuhan yang tentukan. Taksilap saya ada terbaca beberapa bulan yang lepas Lisa mengandung tapi mengalami keguguran. Thats mean? Jangan nak mengata orang mandul eh. Dasar mulut jahat!
norhafiza-mulut tu jaga la sikit..jaga hati org boleh tak!..saya sendiri sebagai peminat langsung tak pernah dok ngata org mcm tu tau tak!! doakan saja lisa and yusry tu moga dpt anak cepat2 ada jugak pahala kau dapat! tak usahlah ngata org tak baik2..pandang lah diri sendiri dulu…. bad
Norhafiza …mulut tu biarlah elok sikit kalau nak mengata,tak baik mengata mereka begitu,hormati lah perasaan orang2 yang di uji tuhan dengan anak,,,kalau awak berada di tempat mereka…apa perasaaan awak …..takda dalam perkahwinan yang tak mahukan zuriat sendiri,doakan saja lisa and yusry tu moga cepat2 dapat anak..aaminn
Memang bagus bila berkata-kata..tapi ingt apa yang kita kata kalau benda tu salah boleh jadi fitnah…fitnah tu lg besar dosa dia tau..
bukankah diorang dh sahkah hamil..apa kecoh lg
tahniah buat lisa n yusri…rezeki yusri utk dpt ank sudah sampai…ank itu rezeki dr ALLAH berkali2 or bertahun tahun kahwin pun kalau Allah tak bagi anak tak akn ada anak jugak…kan..dh ada rezeki tu alhamdulilah…semoga ank yg akn lahir sempurna sifat n sihat mcm org tuanya amin…..