Teman Rapat: Hubungan Erra Fazira & Engku Emran Tidak Stabil, Sering Bergaduh

Minggu ini boleh di’katakan yang beberapa saluran media berjaya membawa kembali gossip yang melibatkan rumahtangga Erra Fazira & Engku Emran.

Mengambil faktor ketidakhadiran Engku Emran menemani aktiviti Erra Fazira sepanjang 2011, si isteri sekali lagi berhadapan dengan soalan panas wartawan.

Erra Fazira bagaimanapun sekali lagi menafikan yang rumahtangga beliau kini sedang mengalami masalah seperti yang di’dakwa.

Seorang teman rapat Erra Fazira yang juga orang kuat industri seni ada menghubungi kami petang semalam membawa sedikit gambaran tentang keadaan sebenar hubungan Erra Fazira dan Engku Emran.

Menurut individu ini, hubungan mereka berdua ketika ini memang tidak stabil tetapi tidak dapat mengesahkan dakwaan yang Engku Emran kini tinggal berasingan daripada Erra Fazira dan anak. Teruskan Membaca

Gambar Terbaru Anak Erra Fazira & Emran Main Kayu Tiga?

Pertama, tentang Emran main kayu tiga, kenapa kami tidak pernah dengar?

Erra Fazira di’katakan terkejut dengan gossip tersebut & sedikit pun tidak percaya.

Erra Fazira memberitahu yang Emran kini sedang sibuk dengan tugas baru di Bernama TV & sentiasa balik pada waktu malam.

“Kalau saya bergaduh dengan Emran selepas balik, kamu semualah puncanya,” pelakon itu berjenaka bersama para wartawan.

Berkenaan Aleesya yang kelihatan begitu sihat & ceria, Erra Fazira mahu Aleesya membesar sebagai kanak-kanak normal.

Namun, Erra Fazira tidak akan menghalang jika minat Aleesya satu hari nanti terarah ke bidang nyanyian atau lakonan.

(Sumber Berita & Foto: mStar Online)

(Gambar) Engku Aleesya, Anak Sulung Erra Fazira & Engku Emran

Gambar Engku Aleesya Erra Fazira Engku Emran

Ok. Gambar masih belum ada namun RotiKaya akan membawakan terus kepada anda sejurus selepas para wartawan berjaya mendapat gambar eksklusif carian ramai ini.

Engku Aleesya di’lahirkan 11.40 pagi tadi selamat dalam dakapan kedua ibu bapa’nya. Satu Malaysia kali ini sedang menunggu penuh harapan untuk menatap wajah anak sulung pasangan selebriti sensasi ini.

“Saya rasa seperti ajaib lebih-lebih lagi apabila melihat satu nyawa dilahirkan di depan mata,” kata Engku Emran yang berada hampir tujuh jam dalam bilik itu.

Tahniah Erra Fazira & Engku Emran. Semoga kelahiran Engku Aleesya membawa keberkatan dalam keluarga. Pasti comel wajah anak mereka. UPDATE: Gambar terbaru, selepas ini… Teruskan Membaca