BOTB: Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012, Neelofa & Diana Danielle. Fight!

Sudah kembali ke pejabat semua selepas sehari lagi cuti wahai si penduduk Wilayah Persekutuan?  Mari sambung misi gossip kita semua dengan Batthe of the Babe!

Untuk kali ini, kami gandingkan 2 orang selebriti wanita yang kini meniti bibir bibir peminat hiburan Malaysia — dan juga tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2012 yang akan datang.

Neelofa yang bakal hangat dengan filem Azura 2012 ini tercalon Top 5 Artis Baru Wanita Paling Popular dan Diana Danielle tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Paling Popular. Sudah dapatkan nashkah Berita Harian anda untuk mengundi mereka berdua ini?

Sebagai aktiviti ringan seperti biasa, siapakah di’antara Diana Danielle dan juga heroin baru filem Melayu, Neelofa menjadi pilihan anda untuk menyerlah dalam dunia hiburan sepanjang tahun 2012 ini?

Neelofa Atau Diana Danielle?

View Results

Loading ... Loading ...

Teruskan Membaca

Serius Fakta: Hujan Band Berasal Indonesia, Kata Penulis New Straits Times

Ya, tajuk entri ini meniru sebiji gaya Blog Serius. Dan, entri ini juga selayaknya duduk di’sini sebagai santapan ringan anda di’hujung minggu panjang ini.

Jika semalam pengumuman tarikh perkahwinan Yusry KRU & Lisa Surihani yang kami lakukan mendapat maklum balas yang agak kritis kerana typo tarikh, apa kurang’nya ‘typo epic‘ oleh New Straits Times ini.

Seorang penggiat di forum Lowyat, MZ Riders perasan akal satu artikel tulisan seorang penulis di akhbar New Sunday Times yang menulis Hujan sebagai sebuah band yang berasal dari Indonesia.

Predeep Nambiar menurut tentang Namewee yang akan kembali dengan filem kedua dan di’bintangi oleh Noh Hujan yang menurut beliau merupakan buah hati industri rock Indonesia. Hmm.

Gambar: Selebriti Wanita Melaram Di Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke 24

Berakhir sudah Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM 24) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam tadi.

Tahniah buat KRU Studios yang berjaya membawa pulang anugerah Filem Terbaik menerusi filem epik mereka Hikayat Merong Mahawangsa.

Anugerah Pengarah Terbaik sekali lagi jatuh kepada Syamsul Yusof menerusi filem KL Gangster — dan ini merupakan tahun kedua Syamsul Yusof membawa pulang gelaran ini.

Antara yang menjadi perhatian sebelum majlis berlangsung pasti’nya gaya selebriti yang hadir memeriahkan acara karpet merah di’luar dewan yang di’acarakan oleh Didie Alias, Aril AF & Reza Mohammad.

Untuk siri kali ini, kami tampilkan barisan selebriti wanita yang pasti anda kenal walau tanpa kami menyebut nama — termasuk Liyana Jasmay yang nampak sedikit basah di’bawah sana. Enjoice! Teruskan Membaca

Diana Danielle Jadi Gadis Penghias InTrend November 2011, Kahwin 2013

Kenyataan merancang untuk kahwin pada tahun 2013 bukan datang dari mulut Diana Danielle — kami pun tahu tulis tajuk propa.

Farid Kamil melalui sebuah ruangan hiburan hujung minggu lalu ada menyuarakan hasrat untuk melamar kekasih hati, Diana Danielle pada tahun 2013 nanti.

Tidak kami mahu sentuh maklumat terperinci tentang rancangan Farid Kamil ini, cuma mahu highlight sedikit kata kata Diana Danielle melalui majalah InTrend edisi November 2011.

Menurut Diana Danielle, ibu beliau memang kurang senang apabila beliau bercinta dengan mana mana lelaki — bukan hanya Farid Kamil dan menurut beliau mungkin hanya selepas bernikah ibu’nya akan senang hati.

Selain itu, menurut temubual dalam majalah tersebut juga, Diana Danielle berkata beliau kini sedang berjinak jinak dengan bidang penulisan skrip untuk drama untuk mengembangkan bakat dalam dunia seni.

Mahu tahu maklumat lanjut tentang apa lagi yang Diana Danielle katakan tentang kehidupan terkini beliau, dapatkan edisi terbaru InTrend di pasaran sekarang. Hanya RM7.50 untuk kepuasan anda.

Gambar: Diana Danielle Selesa Beraya Di Kampung Halaman Farid Kamil

Minggu lalu, kami perasaan tweet mesra antara Farid Kamil & Diana Danielle.

Farid Kamil mengucapkan terima kasih kepada Diana Danielle kerana menjadi penyeri rumah terbuka beliau.

Dan, Diana Danielle membalas dengan penuh kasih sayang. Pasangan romantis. Am I right?

Menurut sumber, Diana Danielle tidak turun seorang ke rumah keluarga Farid Kamil di Alor Setar, Kedah. Ibunya turut menemani kunjungan gadis ini.

Jika ada yang beranggapan pasangan Farid Kamil & Diana Danielle akan mengikat apa apa hubungan serius tidak lama lagi, anda perlu bertenang.

Farid Kamil dalam satu kenyataan kepada media mengakui hubungan cinta mereka di’ketahui keluarga namun belum merancang apa apa yang serius.

Jangan tunggu lama lama Encik Farid Kamil, pihak satu lagi punya banyak kelebihan. Faham faham sahajalah. Lagi gambar selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

12345