Status Laman Sosial Terkini Tiz Zaqyah & Remy Ishak Undang Spekulasi Putus Cinta

Jadi, bagaimana hari anda semua untuk cuti panjang yang kesekian kali’nya ini? Oh I love Malaysia.

Ini kisah ringan untuk anda semua yang masih peduli dengan gossip hiburan tempatan, terutamanya peminat Tiz Zaqyah & Remy Ishak.

Dalam beberapa hari ini, peminat pasangan ini mula berteka teki sesama mereka apabila kedua dua mereka menghantar status terkini ke Twitter & Facebook yang boleh di’anggap meragukan.

Remy Ishak melalui Twitter beliau menulis END & Tiz Zaqyah melalui laman Facebook menulis DONE.

Dua status tersebut di’spekulasi sebagai tanda yang hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak kini sudah berakhir secara rasmi.

Namun, menurut apa yang kami faham, kedua dua perkataan itu terbit sebagai status terkini mereka merupakan tanda kepada situasi peribadi mereka dan tiada kena mengena dengan hubungan cinta.  Teruskan Membaca

Remy Ishak Tegur Wartawan Dan Minta Tun Mahathir Komen Fenomena Gossip

Dan, kisah’nya pun bermula pertembungan pendapat & komen antara tiga penjuru — sang selebriti, peminat & wartawan hiburan.

Kisahnya, dalam satu ruangan gossip akhbar hujung minggu semalam, seorang penulis gossip yang menggunakan nama samaran Joyah menulis tentang perihal hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak.

Penulisan wartawan tersebut mempersoalkan tindakan Remy Ishak & Tiz Zaqyah yang sebelum ini merahsiakan hubungan mereka berdua — dan membuat andaian rambang yang mereka berdua takut jatuh saham di’kalangan peminat.

Lantas Remy Ishak menerusi akaun Twitter rasmi beliau (@remy_ishak) menjawab persoalan ‘jatuh saham’ yang di’timbulkan wartawan ini dan berkata hubungan mereka adalah peribadi & tidak ada kena mengena dengan apa apa saham diri. Teruskan Membaca

Eh! Tiz Zaqyah Nafikan Gossip Tinggal Serumah Dengan Remy Ishak, Kami Tertinggal Keretapi Atau..?

Jujur’nya, sebagai manusia yang hidup dengan makan gossip selebriti (melampau metafora), kami tidak tahu akan kisah Tiz Zaqyah ini.

Tetapi, tidak mengapa, kita tulis juga demi rekod untuk masa hadapan.

Murai.com.my semalam berjaya dapatkan kenyataan dari mulut Tiz Zaqyah sendiri berkenaan isu duduk serumah ini.

Pasangan drama Nur Kasih ini pernah di’katakan bercinta dan kisah mereka senyap setelah kisah cinta Tiz Zaqyah dengan anak seorang VVIP muncul.

Namun, terbaru, ada cakap cakap orang yang menyatakan percintaan Tiz Zaqyah & Remy Ishak masih berlangsung teguh dan mereka di’katakan tinggal serumah.

Tiz Zaqyah tidak menunggu lama untuk menyatakan yang kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

“Saya memang berkawan dengan dia. Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain.”

Bawa banyak bersabar ya Cik Tiz Zaqyah, mulut orang memang laju menyampaikan kisah sensasi yang tidak betul sebegini. Lumrah dunia hiburan. Telan sudah.

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca

123