Remy Ishak Masuk Hospital, Mengadu Tiz Zaqyah Layan Seperti SampahKita ada drama Twitter baru. Terima kasih kepada laman media sosial yang mengeratkan drama selebriti & peminat. Heh. Dan kali ini giliran Remy Ishak & Tiz Zaqyah.

Menurut tulisan Remy Ishak melalui akaun Twitter, beliau telah masuk ke hospital tengah hari tadi akibat demam panas yang agak teruk. Dan, itu sebenarnya bukan masalah besar.

Jika di’bandingkan dengan layanan teman wanita sehingga memaksa jejaka gagah ini mengadu kepada peminat di Twitter. Tiz Zaqyah di’katakan melayan beliau seperti sampah hari ini.

“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,” Remy Ishak menulis tengah malam tadi sebagai pembuka cerita.

Remy Ishak menulis sebenarnya beliau sudah lama bersabar dengan karenah teman wanita beliau itu & harapan beliau untuk mendapat kata kata semangat & perhatian di’balas hampa oleh Tiz Zaqyah dengan alasan penat.

Kami berminat untuk mengetahui maksud sebenar tulisan terakhir Remy Ishak yang mengatakan Tiz Zaqyah mengucapkan selamat tinggal kepada beliau selepas mengetahui tentang isu ini. Sudah berakhir hubungan mereka? Hmm.