Kalau anda bertanyakan kepada kami, secara peribadi kami rasakan yang hasil tangan terbaru Edry Abdul Halim ini bakal menjanjikan sesuatu kelainan dalam industri perfileman kita — selain ia’nya sebuah filem 3D.


29 Februari merupakan sebuah filem yang mengisahkan jalan hidup seorang lelaki yang bernama Budi, lahir pada 29 Februari dan hanya meningkat usia’nya setahun untuk setiap empat tahun usia manusia normal.

Hujung minggu lalu, KRU Studios melancarkan trailer penuh pertama untuk 29 Februari yang bakal ke pawagam Ogos 2012 ini.