Jarang sebenarnya untuk kami paparkan selebriti lelaki yang menjadi penghias muka hadapan sesuatu majalah tetapi yang ini terlalu bagus untuk kami biarkan.

Remy Ishak yang kini boleh di'katakan secara tidak rasmi memegang status Hero Malaya muncul sebagai penghias muka hadapan majalah untuk lelaki, AUGUST edisi Ogos 2012.

Mengenakan persalinan mewah Gucci, tidak banyak perkara baru di'kongsikan Remy Ishak dalam keluaran majalah ini tetapi bagi beliau Ogos sesuatu yang bermakna.

Menurut kekasih Tiz Zaqyah ini, bulan Ogos 2012 merupakan sesuatu yang bermakna untuk beliau kali ini kerana filem baru lakonan beliau 29 Februari bakal muncul di'pawagam.

Atas sebab itu juga beliau tidak teragak agak untuk berkata ya apabila di'tawarkan untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah August edisi terbaru ini.

zp8497586rq