Gossip: Zarina Zainordin Kekasih Kepada Pendatang Baru Azlee Khairi & Gadis Kaki Parti?

Bersempena dengan gossip hari ini, sudahkah anda mengundi kami untuk bergelar Best Gossip Blog di #MSMW2012? Jika belum, apa yang anda tunggu lagi? Heh.

Semalam, ketika anda semua enak bercuti, kami menerima panggilan telefon dari individu yang tidak mahu namanya di’kenali untuk sampaikan gossip terbaru.

Bersungguh sungguh juga si lelaki itu, maklumlah gossip panas bak kata beliau. Ini kisah artis Zarina Zainordin yang di’katakan kini sudah pun memiliki kekasih baru.

Menurut sumber ini, kekasih baru Zarina Zainordin atau Zarina AF ini tidak lain tidak bukan rakan sekerja beliau dalam drama bersiri Dingin Lavenda yang kini sedang hangat bersiaran di kaca televisyen.  Teruskan Membaca

Gambar: Siti Saleha Di Sidang Media Filem Pak Pong Arahan Pertama Fauzi Nawawi

Jangan keliru kalau anda pernah lihat gambar di’sebelah. Itu adalah Siti Saleha ketika hadir ke majlis resepsi perkahwinan Ezlynn dan Adam malam semalam.

Koleksi gambar Siti Saleha ketika sidang media filem terbaru beliau Pak Pong selepas ini hanya untuk tatapan mata anda semua.

Siti Saleha merupakan salah seorang pelakon utama yang telah terpilih untuk membintangi filem pertama arahan Fauzi Nawawi ini.

Siti Saleha bakal bergandingan dengan seorang aktor baru, Hairul Azreen yang mana menggantikan Aaron Aziz yang tidak dapat merealisasikan cita cita Fauzi Nawawi untuk mendapatkan pelakon panas itu untuk membintangi filem pertama arahan beliau yang akan menjalani penggambaran bermula 16 Januari.

Eh tulis banyak pun tiada berguna. Gambar Siti Saleha ketika hadir ke sidang media filem Pak Pong selepas ini. Enjoice!  Teruskan Membaca

Zizan Raja Lawak Tangisi Pemergian Juliana Evans Ke Luar Negara, Bercinta?

Kalau anda belum tahu, dan minat untuk tahu, Juliana Evans kini sudah pun meninggalkan Malaysia untuk mencuba nasib sebagai pelakon di Hollywood. /jk

Petang tadi, Juliana Evans terbang meninggalkan bumi Malaysia untuk menyambung pelajaran ke bumi Amerika Syarikat selama 2 tahun.

Aktress muda ini bakal lanjutkan pelajaran di’peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di University of Michigan di negara itu.

Itu kisah Juliana Evans, tetapi ada khabar menarik yang di’terima dari lapangan terbang petang tadi — berkaitan jejaka yang pernah di’kaitkan dengan aktress ini, Zizan Raja LawakTeruskan Membaca

Juliana Evans Mahu Lawat Amsterdam Sebelum Kahwin, Sambung Belajar

Jurugambar kami hari ini teruja kerana beberapa keping gambar beliau menghiasi isi dalam majalah Perempuan — ya, jurugambar kami sememangnya professional.

Dan ketika itu jugalah kami terlihat Juliana Evans yang anggun menghiasi majalah Jelita. Berminat kami untuk mengorek berita.

Jelita edisi Oktober 2011 kali ini merupakan edisi khas perkahwinan maka soalan berkaitan perkahwinan timbul untuk selebriti jelita ini.

Menurut Juliana Evans, beliau kini tiada perancangan pun untuk menamatkan zaman bujang sementelah belum mempunyai calon yang sesuai.

Beliau tidak menetapkan yang bakal suami semestinya jejaka Inggeris tetapi tidak menolak sebarang kemungkinan. Yang penting buat jelitawan ini, jejaka tersebut boleh di’terima keluarga beliau.

Menariknya, Juliana Evans mempunyai satu impian besar yang beliau mahu tunaikan sebelum berkahwin —  melancong ke Amsterdam, Belanda.

Juliana Evans yang akan melanjutkan ijazah dalam bidang Komunikasi Massa di Amerika Syarikat tidak lama lagi berkata beliau jatuh hati & terpesona dengan sejarah dan seni bina Amsterdam dan pergi ke sana adalah salah satu impian besar beliau.

Sarimah Ibrahim Ke Hollywod & Sertai Siri Jelajah Pelawak Terkenal

Tuah menjadi hos majlis kunjungan pelawak terkenal Hollywood, Ahmed Ahmed di Kuala Lumpur baru baru ini — Sarimah Ibrahim bakal ke Hollywood.

Ahmed Ahmed merupakan pelawak Hollywood yang pernah muncul dalam filem blockbuster seperti Iron Man & You Don’t Mess with Zohan.

Sarimah Ibrahim berpeluang menjadi hos untuk acara Ahmed Ahmed Live in KL dan Ahmed Ahmed menunjukkan minat untuk membawa pengacara bermulut petah ini ke Hollywood.

“Dia ada menyebut tentang saya di Twitter beliau,” kata Sarimah Ibrahim kepada Daily Chilli. “Dia juga ada bertanya sama ada saya berminat untuk menjadi pembuka untuk siri jelajah sebagai aksi pembuka.”

“Ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa saya boleh jadi lebih kelakar jika beraksi dalam Bahasa Inggeris,” ujar selebriti yang mempunyai darah Irish & Melayu ini.

Siri jelajah Ahmed Ahmed yang akan meliputi Amerika Syarikat masih belum mempunyai tarikh tetap namun Sarimah Ibrahim berkata beliau kini dalam perbincangan & bersedia untuk berkata ya untuk kolaborasi ini.