fbpx

Diana Amir Nikah 25 Oktober?

Semalam menerusi forum Cari, seorang peminat hiburan membawa perkhabaran yang Diana Amir bakal bernikah pada 25 Oktober 2013 namun tidak mahu menghebahkan perkara ini atas sebab sebab peribadi yang tidak dapat dipastikan.

Hari ini, Diana Amir mengesahkan yang beliau akan berkahwin dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman.

Namun pelakon ini tidak pula memberikan tarikh sebenar bilakah majlis pernikahan beliau akan berlangsung dan hanya mengatakan ianya akan berlangsung pada Oktober ini.

“Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini dan semua keterangan tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti,” jelas Diana Amir yang dihubungi mStar Online.

Diana Amir dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dan khabarnya pasangan ini akan berpindah ke Syria selepas berkahwin kelak.