fbpx

Puteri Sarah Beri Semangat Syamsul Yusof Untuk Kembali Aktif Berkarya

Semua rasa sudah sedia tahu yang kisah Syamsul Yusof merajuk dengan dunia hiburan selepas filem terakhirnya KL Gangster 2 menjadi mangsa cetak rompak beberapa minggu sebelum tarikh tayangan rasmi. Boleh tahan lama juga rajuknya itu.

BACA: Yusof Haslam Harap Syamsul Yusof Berhenti Merajuk Selepas Berkahwin

Syamsul Yusof & isterinya, Puteri Sarah membuat kemunculan di khalayak ramai buat pertama kali sejak berkahwin ketika menghadiri tayangan perdana filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof di Bandar Utama kelmarin.

Dalam kenyataan kepada media Syamsul Yusof berkata yang sejak mereka kahwin, Puteri Sarah banyak memberi kata-kata semangat untuk beliau bangun semula dan bergiat aktif dalam dunia seni seperti sebelum ini.

“Saya sudah boleh terima hakikat (isu filem dicetak rompak). Selepas kahwin, isteri saya banyak memberi dorongan dan semangat untuk saya kembali ke dunia seni,” kata Syamsul Yusof.

Syamsul Yusof juga berkata yang beliau banyak berubah selepas mendirikan rumahtangga namun beliau tidaklah mahu menceritakan semuanya kepada umum. Kami suka melihat pasangan ini, sederhana sahaja perjalanan mereka. Harap berkekalan. (rtky/m)