Sejak tampil dengan imej bertudung beberapa tahun lalu, Diana Amir mengakui sukar menjumpai skrip yang sesuai dengan imejnya merupakan faktor kenapa beliau sudah lama tidak muncul dalam mana mana filem.

Namun, janji Tuhan rezeki itu tetap ada di mana mana bukan? Diana Amir berkata yang beliau kini menumpukan kerjaya seninya dalam bidang pengacaraan selain terlibat dengan perniagaan busana muslimah sendiri.

Dan sesuatu yang kami sendiri tidak tahu, Diana Amir sudah bergelar penulis dan bukunya itu tersenarai sebagai salah sebuah buku terlaris jualannya di pasaran. (rtky/m)