Syamsul Yusof Rahsiakan Kisah Cinta Untuk Elak Fitnah
Pastinya ramai ingin tahu sejarah perkenalan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sebelum sehingga mereka mengambil keputusan untuk hidup bersama dan telah selamat bernikah pun hujung minggu lalu di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara, Petaling Jaya.
Syamsul Yusof yang ditemui media selepas majlis akad nikah berkata yang beliau lebih senang untuk merahsiakan kisah atau detik perkenalan dirinya dengan Puteri Sarah Liyana untuk mengelakkan fitnah dan timbulnya cerita tidak benar.
BACA: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
“Biarlah kisah pertemuan dan percintaan kami menjadi hak peribadi dan hanya kami sahaja yang tahu. Saya tidak mahu bila ia diceritakan nanti akan timbul cerita-cerita tidak benar yang jatuh kepada fitnah,” jelas Syamsul Yusof seperti dilaporkan mStar Online.
Dalam temubual sama, Syamsul Yusof mengakui tertarik dengan Puteri Sarah Liyana kerana wanita itu mempunyai ciri ciri isteri solehah yang boleh dibimbing.
Dan pengarah filem popular ini juga belum memutuskan tentang perjalanan karier isterinya itu selepas berumahtangga namun mengakui suka dengan pekerjaan Puteri Sarah Liyana ketika ini iaitu menguruskan butik. Sekali lagi, tahniah buat kedua dua mereka dan juga seisi keluarga.
jelesnya tengok mereka. sangat sweet. semoga bahagia ke jannah :’)
Aww sweet
suka tgk pasangan ni sdrhana je majlis alhmdulilah hikmah masuk hospital
alhamdulillah..x sngka mereka sebegini low profile..barula owg x kutuk..ni x sibuk terhegeh2 n banggaaaaa sgt ngn ferrari tuh..tahniah syamsul n puteri sarah..semoga kekal ke Jannah..amin
tahniah…..sejuk mata memandang..semuga kekal ke jannah….amin
.
Selamat pengantin baru…..semoga berbahgia dunia & akhirat….