Puteri Sarah Keguguran?
Jika beberapa hari lalu kita ada mendengar khabar angin yang mengatakan Lisa Surihani pernah disahkan hamil & mengalami keguguran, minggu ini ada pula perkhabaran yang mengatakan isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana pernah mengalami perkara sama.
Menurut laporan ruangan hiburan Harian Metro, penulis memaklumkan ada sumber memberitahu yang Puteri Sarah pernah keguguran. Khabarnya, kejadian itu berlaku ketika kandungan berusia dua bulan. Sumber yang menyampaikan cerita ini pun tahu pada Ramadan lalu.
BACA: Syamsul Yusof Bawa Isteri, Puteri Sarah Kerjakan Umrah Sebelum Raya
Penulis juga menambah yang perkara ini hanya diketahui oleh orang yang rapat dengan pasangan itu dan ada kemungkinan ianya berlaku sebelum bulan Ramadan yang lalu kerana mereka pergi mengerjakan umrah ketika bulan puasa.
UPDATE-1: Bercakap kepada Berita Harian, Puteri Sarah mengakui beliau pernah mengalami keguguran pada bulan Ramadan yang lalu dan beliau tidak berputus asa untuk hamil lagi dan mengharapkan anak kembar.
Jika benar seperti apa yang disampaikan, mungkin belum ada rezeki untuk Syamsul Yusof & Puteri Sarah untuk menimang cahayamata. Doakan suatu hari nanti pasangan ini dikurniakan anak yang comel dan baik baik seperti ibu bapanya juga. (rtky/m)
kalau sah mengandung kena bagi tahu peminat supaya semua dapat berdoa ramai2 atas kesejerahtaan ibu yang mengandung.Jangan rahsiakan dari umum. Sharing ni ada berkatnya juga dari sudut inginkan peminat berdoa berdoa atas keselamatan bayi yang dikandung. . Insyallah selamat macam didie alias dan scha . Apa pun terus berdoa dan insyallah dapatlah mengandung lagi sekali. Amin
Harap kak puteri tabah menghadapi dugaan..
Insyallah peminat semua (termasuk saya) akn mendoakan mudah-mudahan Syamsul & Puteri Sarah akan dikurniakan cahaya mata 1 ari nanti.. Amin..
Nura, mungkin diorg nk bagi tau bila kandungan cecah 3 bulan. Sbb terjadinya keguguran semasa kandungan berusia 2 bulan. Mcm scha n didie bila kandungan dh 3 bulan br diorg bg tau :-) doakan baik2 utk mereka yg berusaha utk mendapat zuriat. Sbb memerlukan kekuatan mental n emosi juga.
Mkin belom rezeki kan syg
Takpe, usaha lagi..usaha tangga kejayaan..InsyaAllah ada tu nanti..yang penting sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan…amin…
Ingatlah bahawasanya rezeki anda itu akn mnjadi drh dging..