Puteri Sarah Liyana Penat Berlakon
Kalau anda kini semakin jarang melihat kelibat Puteri Sarah Liyana di kaca televisyen, memang pelakon ini memegang janji untuk mengurangkan aktiviti lakonan selepas berumahtangga dengan pengarah juga pelakon Syamsul Yusof.
Yang mengikuti perkembangan pelakon ini juga pastinya tahu yang kini Puteri Sarah Liyana giat menjalankan perniagaan busana muslimah dengan jenama sendiri dan kini lebih memilih dalam soal mengambil watak dalam mana mana produksi.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Puteri Sarah Liyana mengakui yang beliau sudah penat untuk aktif berlakon seperti dahulu dan memikirkan yang suaminya juga berlakon bimbang tiada masa untuk diluangkan bersama kelak jika sama sama sibuk.
BACA: Suami Bantu Puteri Sarah Liyana Reka Busana Muslimah
“Saya sendiri pilih untuk mengurangkan berlakon kerana saya sudah penat mahu aktif seperti dulu. Saya fikir takkan suami berlakon dan saya juga perlu berlakon, nanti tiada masa antara satu sama lain. Oleh itu, saya memilih bekerja waktu pejabat dari pagi hingga petang sahaja”
“Sabtu dan Ahad saya cuti maka itu masanya untuk saya menguruskan hal rumah tangga dan suami, saya rasa sudah memadai. Tanggungjawab sebagai seorang isteri pun besar dan kehendak itu datang dengan sendirinya,” ujarnya.
Untuk 2015, Puteri Sarah Liyana mendedahkan yang beliau dan suami akan terbang ke Turki untuk penggambaran program Romantika tidak lama lagi dan bakal bekerjasama sekali lagi dengan suaminya untuk keluarkan jubah dan baju Melayu lelaki. Bagus pasangan ini. (rtky/m)
kaya boleh la cakap gitu…..cube xde duit mesti belakon gak…ape daaa
Sapa ni? Oh pelakon…apapun Alhamdullilah dah senang…betul gak org senang nak buat apa pun boleh…banyak duiiiittt…
Laki kau kaya boleh lah. Cuba kalau suam2 je dua2, sah2 berlakon jugak. Jangan berlagak. Entah2 nanti kena berlakon jugak 1 hari nanti
biar la die .. jeles sgt ke hidup die senang sekarang ni? Jeles letewww :p ..
Yang kau sakit hati sgt kenapa ? Dia berjaya atas berkat usaha dia , kau hado ?
Yang kau sakit hati sgt kenapa ? Dia berjaya atas berkat usaha dia , kau hado ??
apasal artis kalau dah berhijrah asik bukak biznes tudung lah…jubah lah…
aduhhhhh…cliche betul..
tak yah berlakon pun takpe, symsul byk duit dh – kedaionlinemy.com
at least dia nk jgk cari pndptn sndr walaupun laki dia kaya. xlah dok depends on her husband. typical malay nk ckp negatif ja psl org.
bagi saya dia bgus sngat walaupun tahu suami dia berkemampuan tpi still cari pendapatan..bukan macam setengah perempuan skrang nak kerja pun malas…nak lelaki memilih….mcam2 sekrang ni
Alhamdulillah..x brlakon pon,rezki lain allah msih bg jln walaupon dh kaya.klau dh tak ada rezki yg dlm mulot pon trpelanting.
penat????? bile mase lak ko byk dpt job? hahahahaha