(Gossip) Fahrin Ahmad & Adeline Tsen Keluar Bersama, Bercinta?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Asal keluar bersama sahaja mesti kena gossip bercinta ye tidak? Itu’lah lumrah dunia selebriti. Mata peminat sentiasa memandang.

Terbaru, seorang peminat hiburan terserempak dengan pasangan Fahrin Ahmad & Adeline Tsen di Restoran Kayu Nasi Kandar, Dataran Sunway, Kota Damansara.

Jika ada yang tidak kenal siapa Adeline Tsen, beliau merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri Hotel Mania. Fahrin Ahmad, semua kenal.

Mereka berdua tidak nampak mesra bak sepasang kekasih ketika makan & perbualan mereka juga nampak kasual — menurut kata saksi.

Namun ketika mereka berdua menuju ke tempat letak kereta setelah selesai makan, saksi mendakwa Fahrin Ahmad menyentuh bahu Adeline Tsen.

Adakah ini bibit bibit permulaan pasangan terbaru teman tapi mesra Malaysia. Kita nantikan sahaja jawapan dari Fahrin Ahmad & Adeline Tsen. Gambar besar selepas ini. Enjoice! Teruskan Membaca

Tuduhan Kaki Pukul: Fahrin Ahmad Mahu Saman Linda Onn

Kisah selebriti tiga segi ini nampaknya sudah mencapai satu fasa yang lebih menarik untuk di’ikuti. Fahrin Ahmad bakal saman Linda Onn.

Menurut Fahrin Ahmad, Linda Onn dalam sebuah akhbar mendakwa Fahrin pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta dan pengalaman yang sama turut dikongsi Scha al-Yahya.

Kepada yang tidak tahu, Scha al-Yahya juga merupakan bekas kekasih Fahrin Ahmad dan sekarang sedang berkawan baik dengan Linda Onn.

Fahrin Ahmad dijadual akan mengadakan sidang akhbar Isnin ini di Hotel Palace of The Golden Horses bersama peguamnya dari Tetuan Naufal & Co. untuk menjelaskan bentuk tindakan terhadap Linda Onn.

“Kesabaran saya selama ini tidak dihargai oleh Linda membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan tegas,” kata Fahrin Ahmad kepada Utusan Malaysia hari ini.

Nampaknya selepas ini Scha al-Yahya juga perlu lebih berhati-hati bila berbicara. Sekarang ini, apa pun orang boleh bawa masuk mahkamah.

(Gambar) Aktiviti Hujung Minggu Linda Onn, Awal Ashaari & Scha al-Yahya

Kami tulis di’sini atau melalui Twitter kami yang mereka bertiga ini sudah menjadi kawan sejati selepas insiden ‘teman tapi mesra’ bersama Fahrin Ahmad.

Baru-baru ini, mereka bertiga keluar bersama rakan-rakan yang lain’nya untuk melakukan satu aktiviti ekstrim bersama — menaiki ATV merentasi hutan belantara.

Linda Onn ada menulis di’blog beliau bagaimana ketika bersembang bersama Scha al-Yahya, mereka sebenarnya mengalami perkara yang sama ketika bercinta dengan Fahrin Ahmad.

Nampaknya semakin misteri apa sebenarnya yang berlaku antara mereka kerana secara jelasnya, punca perpisahan mereka dengan Fahrin Ahmad nampak sama.

Lagi gambar Linda Onn, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selepas ini. Ada gambar Scha al-Yahya basah lencun. Enjoice! Teruskan Membaca

Linda Onn Sertai Twitter, Jadi BFF Awal Ashaari & Scha al-Yahya

Sebenarnya akaun Twitter Linda Onn telah wujud sejak May 2009 tetapi baru semalam Linda Onn baru betul-betul aktif menulis.

Sepanjang hari ini, Linda Onn banyak bertanyakan tentang cara sebenar guna Twitter kepada kawan-kawan artis dan juga peminat yang mengikuti beliau.

Antara rakan artis yang rajin membantu adalah Awal Ashaari & Scha al-Yahya — mungkin kerana merasa mereka berada di’pihak yang sama.

Al-kisahnya hari ini juga, Linda Onn ada menawarkan peluang kepada sesiapa yang teringin mencuba aktiviti lasak dengan ATV (All-Terrain Vehicle) Sabtu ini. RM170 yuran’nya. Teruskan Membaca

Scha al-Yahya Marah Penulis Blog Gossip Melalui Facebook

Baca: Scha al-Yahya & Awal Ashaari Di’lihat Bermesra Di Hartamas Square

Scha al-Yahya, kita sekarang hidup dalam zaman internet & segalanya terbuka. Privacy kita semakin mengecil.

Beberapa hari lalu, Scha al-Yahya ada menulis luahan hati di’Facebook tentang apa yang terjadi selepas Fahrin Ahmad buka mulut berkaitan orang ketiga.

Scha al-Yahya mengakui yang hubungan mereka berdua putus bukan kerana orang ketiga & beliau ada bukti kukuh untuk tunjuk kepada khalayak ramai.

Apa yang buat Scha al-Yahya naik angin adalah apabila ada penulid blog gossip yang menggunakan Twitter beliau sebagai bahan berita.

“Twitter. I tweet, kalau I approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. taruk daalm blog,scoop sana scoop sini. lumrah. Itulah yg internet buat. Bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu”

Miley Cyrus berhenti menggunakan Twitter atas sebab yang sama, wartawan menggunakan informasi dari Twitter beliau sebagai bahan berita. Teruskan Membaca

123