fbpx

Neelofa: Satu Pengajaran Baik Untuk Ameera

Baru-baru ini pengacara MeleTOP, Neelofa memuat naik gambarnya mencetuskan kontroversi apabila adiknya yang berusia 14 tahun itu membalas kenyataan di akaun instagram dengan bahasa yang kurang baik disebabkan ada segelintir peminat yang memberikan komen negatif terhadap gambar yang di muat naik oleh kakaknya, Neelofa.

Neelofa yang ditemui di sidang media Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2015 kelmarin menjelaskan bahawa adiknya itu masih belum matang dan baru berusia 14 tahun. Di usia itu emosi mengawal minda. Tambah Lofa lagi, sekiranya dia mengetahui perkara ini bakal menjadi kontroversi sudah semestinya dia tidak akan sesekali memuat naik gambar itu.

BACA: Neelofa Kena Kritik, Adik Mengamuk Di Ruangan Komen Instagram

“Kalau saya tahu benda ini nak terjadi sudah tentu saya takkan share. Satu gambar sahaja orang beranggapan bermacam-macam spekulasi padahal mereka tidak tahu perkara yang sebenar”

Lofa menceritakan yang sebenarnya dia menghadiri satu perkahwinan keluarga yang melibatkan sanak saudaranya dari Kelantan dan turut sama saudaranya yang datang dari Pakistan.

“Saya menghadiri satu majlis perkahwinan saudara dan dalam majlis tersebut semua berkumpul dari Kelantan sehinggalah dari Pakistan. Ada di antara mereka sudah lama kami tidak berjumpa dan ketika itu ada seorang maulana yang merupakan saudara kepada pak cik datang kepada saya beberapa kali dan menyebut “merabete! merabete!”. Dia menganggap saya seperti anaknya”

“Dia juga tidak boleh berbahasa melayu langsung dan mereka adakalanya menggunakan bahasa urdu untuk berkomunikasi disebabkan mereka asalnya dari negara Pakistan. Jadi tidak ada apa-apa pun,” jelasnya panjang lebar.

Neelofa Anggap Tidak Adil Libatkan Adik Dalam Gossip Dunia Hiburan

Apabila adiknya itu mencampuri perkara tersebut dia awal-awal sudah memberitahu kepadanya supaya tidak melibatkan dirinya dalam isu tersebut. Walaubagaimanapun, Lofa menjelaskan bahawa tidak adil bagi peminat untuk menyelar tindakannya tersebut kerana Ameera masih berusia 14 tahun dan tidak terlibat langsung dengan dunia seni.

“Tak adil untuk dia. Sepatutnya dia dikira sebagai orang biasa sebab dia bukan artis atau orang yang berada dalam industri dia tak terlibat langsung. Kesianlah dia baru sahaja berumur 14 tahun. Lepas itu saya ada juga bercakap dengan dia supaya perkara ini boleh menjadi pengajaran”

“Sebelum ini saya sudah bercakap juga dengan dia supaya diam sahaja dan tak payah balas balik sebab perkara ini takkan habis, Kalau melawan juga pun tak habis. Tapi dia tak dengar juga bila dah kena hentam teruk dan saya rasakan inilah yang paling teruk sekali sehingga dia tak senang duduk dan trauma. Apa-apa pun, dia belajar daripada kesalahannya,” terang Lofa. (rtky/hfz)