Neelofa boleh kami katakan antara selebriti tempatan yang kisah kehidupan peribadi terutamanya soal hatinya sering menjadi perhatian ramai dan semenjak putus cinta tahun lalu, soalan bilakah akan menemui pengganti sentiasa meniti bibir para peminat.
Bercakap kepada Utusan Malaysia baru baru ini, Neelofa mengakui yang dahulu beliau pernah mengalami fasa tidak boleh hidup tanpa cinta namun kini semuanya sudah berubah.
“Satu masa dahulu saya tidak boleh hidup tanpa cinta. Jika cinta ini tak kesampaian, saya akan cepat-cepat cari pengganti supaya kehidupan saya tak sunyi”
BACA: Hans Isaac Elak Bertentang Mata Dengan Neelofa, Tetap Professional
“Situasinya sudah berubah sejak beberapa tahun lalu. Saya sendiri sudah tak ada rasa cinta dan selesa bersendirian. Pernah juga saya tanya ibu mengapa perasaan ingin didekati oleh lelaki seperti dahulu sudah hilang sejak kebelakangan ini”
“Mungkin kerana kesibukan kerja membuatkan saya tak berfikir tentang perkara berkenaan. Apa yang penting sekarang saya mahu hidup tenang walaupun bersendirian,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Neelofa mengakui yang dirinya kini dalam fasa paling membahagiakan dalam hidupnya walaupun kurang masa untuk diri sendiri kerana dihabiskan dengan bekerja.
“Saya akui ini merupakan fasa yang cukup membahagiakan. Memang saya sudah kekurangan masa untuk diri sendiri, tapi tak bermakna saya tak gembira lakukan perkara ini. Sejak menceburi bidang ini beberapa tahun lalu, saya telah menetapkan sasaran untuk melakukan itu dan ini”
“Sekarang semuanya dah dilalui dengan baik dan saya tak menyesal menghabiskan masa dengan pekerjaan,” tambanya lagi. (rtky/m)