fbpx

Disentuh Qari, Neelofa Terima Kritikan Peminat Di Instagram

Oleh kerana sekeping gambar yang dimuat naik oleh Neelofa, beliau dikritik ratusan pengikutnya dan turut mendapat perhatian adiknya yang bengang dengan kritikan tersebut.

Disentuh Qari, Neelofa Terima Kritikan Peminat Di Instagram - ROTIKAYA

BACA: Neelofa: Usah Ditanya Lagi Soal Cinta, Mahu Lebih Fokus Kerjaya

Kritikan terhadap Neelofa muncul apabila beliau memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepalanya di Instagram miliknya.

Seperti kebiasaan, pelbagai pendapat berbeza dan juga tohmahan dilemparkan kepada Neelofa sehingga membuatkan adiknya melenting melalui Instagram @ameera812.

Sehubungan itu, ada di kalangan peminat Neelofa yang turut bersetuju dengan pendapat yang dilemparkan oleh adik Neelofa kepada haters kakaknya itu. (rtky/syfq)