fbpx

Wardina Safiyyah Luah Rasa Kesal Isu Turunkan Salib

Tergerak untuk memberikan kenyataan melalui laman sosial Facebook, Wardina Safiyyah menyuarakan simpati terhadap isu simbol salib gereja di Taman Medan yang yang mencetuskan pertikaian penduduk tempatan di sana baru-baru ini.

BACA: Isu Buli Sekolah. Wardina Safiyyah Kini Salahkan Pembikin Filem Gangster

Wardina Kesal Isu Turunkan Salib, Tidak Bersetuju - ROTIKAYA_intext

Melalui luahan di Facebook, Wardina menyatakan bahawa tanda salib itu tidak perlu diturunkan malah dalam masa yang sama turut memohon maaf kepada penganut Kristian di taman itu kerana merasakan mereka dibuli dan hak kebebasan beragama golongan itu seolah-olah disekat.

“Saya harap salib itu kekal di situ. Tolong jangan turunkan. Saya memahami perasaan kenalan penganut Kristian di situ dan meminta maaf kerana kalian sering dibuli oleh sebilangan saudara seislam saya. Wahai saudara Islam semua, jadilah umat Islam yang sebenar-benarnya”

“Biarkan penganut agama Kristian juga mendapat hak kebebasan mereka. Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya,” kata Wardina.

Bagaimanapun, tindakan Wardina berbuat demikian mendapat reaksi berbaur daripada peminat – ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju dengan apa yang diluahkan dirinya di laman media sosial tersebut. (rtky/s)