fbpx

“Okay Yang Ni Approved! Ini Baru Sepadan Sol” – Netizen

Hari ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan kompilasi gambar pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama rakan-rakan menjadi perhatian.

Menerusi video dikongsikan oleh pengguna TikTok, memaparkan memakai kemeja bercorak bersama rakan-rakannya berada di sebuah kediaman mewah meraikan sebuah acara.

BACA: “Jangan Ada Yang Cemburu Betapa Kami Kasihkan Puteri Sarah” – Ibu Syamsul Yusof

https://www.tiktok.com/@makcikbawangchannel/video/7289238359409446152?_r=1&_t=8gTHg0i4EHB

Namun apa yang lebih menjadi perhatian ramai seorang wanita cantik dikenali sebagai Irene Deanna yang berada dalam gambar tersebut dan ada gambar berdua bersama Syamsul.

Diruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya mengenai status hubungan Syamsul dengan wanita cantik itu. Tidak kurang juga, ramai yang berseloroh serta bersetuju jika wanita jelita itu merupakan kekasih baru Syamsul.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang artis lelaki yang baru berkahwin kini didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang juga ahli perniagaan.

Sumber berkata wanita berkenaan memiliki perusahaan pemotoran selain berasal daripada keluarga berada serta mereka berkongsi minat yang sama.