fbpx

“Cukup Dia Boleh Jaga Saya, Bawa Cincin Saja Nikah Nanti”

Usia sudah mencecah 41 tahun, pelakon Sherry Ibrahim berkata sudah pasti dia mahu mendirikan rumah tanga dan dia sentiasa berdoa mengenai soal jodoh.

Memetik Hib Glam, Sherry berkata seandainya tiada jodoh di dunia mungkin jodohnya di syurga kelak serta dia menyerahkan soal itu kepada Allah.

BACA: Berat Badan Turun Mendadak & Alami Gangguan Aneh, Sherry Ibrahim Disihir?

“Setiap tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa di Mekah dan Madinah, saya akan selitkan juga soal jodoh.

“Bukan tak nak kahwin, tetapi tidak berkahwin juga bukan satu dosa kerana Allah SWT mahu jadikan kita yang terbaik. Jika saya tiada jodoh di sini (dunia), mungkin jodoh saya di syurga nanti. Apa-apa pun, saya berserah pada Allah,” katanya.

Sementara itu, Sherry berkata dia percaya bahawa ada hikmah dalam sesuatu perkara dan tidak bersedih meskipun jodoh lambat tiba. Kata Sherry dia mengakui terasa apabila orang bertanyakan soal jodoh.

“Mungkin ada hikmah saya belum bertemu jodoh sehingga hari ini. Saya kena perbaiki diri sendiri dahulu dan jaga ibu bapa. Kita kena tengok juga daripada sudut positif.

“Kalau orang bertanya (tentang jodoh), memang saya terasa juga. Sebab siapa yang tidak mahu berkahwin? Percintaan saya sebelum ini semuanya tidak menjadi, belum sampai waktu. Nak buat macam mana?” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sherry menolak apabila dia dikatakan cerewet dalam memilih pasangan serta mendedahkan dia mahu pasangan yang sentiasa ada bersamanya ketika susah dan senang.

“Ciri-ciri yang penting adalah Islam. Kalau ada yang masuk meminang, keluarga bersetuju dan saya pun rasa okay, saya terima. Saya sudah doa semua itu. Saya mahu mencari orang yang betul-betul ada bersama saya ketika susah dan senang.

“Wanita yang sudah mencecah usia 40-an perlukan lelaki sebegitu. Saya tidak minta lebih, cukup jika dia boleh menjaga saya. Nak nikah nanti bawa cincin sahaja. Saya pun pernah ‘date’ dengan orang biasa-biasa sahaja,” katanya.