fbpx

“Saya Rasa Ini Tahun Terakhir Saya Sambut Ramadan”

Perkongsian pelakon sensasi Fathia Latiff menjadi perhatian ramai apabila dilihat memuat naik gambar dengan kapsyen memberitahu bahawa tahun ini adalah Ramadan terakhir buatnya.

Menerusi entri di Instagram itu, Fathia berkongsikan gambar bersama ibunya yang dilihat sedang membaca Al-Quran namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai statusnya itu.

BACA: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama” – Fathia Latiff Beri Amaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

“Saya rasa ini tahun terakhir saya menyambut Ramadan,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Fathia turut berkata bulan Ramadan bukan waktu untuk seseorang itu menjadi riak sebaliknya fokus beribadah kepada Allah.

Terdahulu, Fathia memberi amaran kepada netizen berikutan sering dikecam dan mengatakan jangan sampai dia keluar agama disebabkan apa yang netizen lakukan kepadanya. Fathia juga mengatakan bahawa netizen yang akan masuk neraka kerana seolah memaksa dirinya.