fbpx

Tiga Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

Awal pagi tadi hangat diperkatakan mengenai pelakon Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Memetik Harian Metro, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff dan pelakon wanita itu enggan membuka pintu.

BACA: Artis Berstatus Suami Orang & Pelakon Wanita Dicekup Berkhalwat?

Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita itu.

Difahamkan, operasi itu bermula kira-kira jam 10.30 pagi dan kemudian pasangan itu dibawa ke pejabat Jawi untuk proses selanjutnya.

Terdahulu, adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.