Nampaknya seorang lagi pelakon & model terjun ke dunia nyanyian semata-mata meluaskan peluang & bakat yang ada.

Terbaru, Natasha Hudson yang sebelum ini kita kenal melalui kontroversi & lakonan beliau, membuat persembahan sulung beliau.

Melalui Konsert Cosmic Alibi malam kelmarin, Natasha Hudson membawakan sebuah lagu bertajuk ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ hasil ciptaan Natasha Hudson sendiri bersama Cat Farish.

Namun menurut mereka yang ada di’konsert itu, gaya nyanyian & lagu Natasha Hudson banyak di’pengaruhi oleh muzik Natalie Imbruglia.

Menurut Natasha Hudson, beliau sebenarnya sudah ada perancangan untuk menerbitkan album sejak beberapa tahun dahulu.

Namun kerjasama beliau bersama Cat Farish tertangguh sehinggalah ke hari ini. Video nyanyian Natasha Hudson selepas ini.

Boleh tahan juga bakat nyanyian Natasha Hudson walaupun tiada apa yang luar biasa tentang suara beliau.

Mungkin kalau di’asah lagi bakat beliau untuk mencipta lagu, mana tahu, akan jadi komposer rebutan ramai satu hari nanti.