Azwan Ali Maki Pasaraya Tutup Penghawa Dingin Waktu PKP
Nampaknya Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA seakan tidak pernah lekang daripada kontroversi panas. Terbaru, Azwan memuat naik status memarahi tindakan sebuah pasar raya yang didakwa sengaja menutup penghawa dingin.
Azwan turut meluahkan rasa berang dengan pengurusan pasaraya tersebut yang berkira untuk membuka penghawa dingin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedangkan dapat banyak keuntungan.
BACA: Azwan Ali Didenda RM17,000 Hina Petugas Hospital Putrajaya
Perkongsian Azwan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memintanya untuk bersabar apatah lagi ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Malah, ada yang bergurau mengatakan mungkin penghawa dingin juga sedang berpuasa.
Apa pun dibulan puasa ini diharap Azwan Ali lebih bersabar. Mungkin penghawa dingin pasaraya tersebut bermasalah. Kita fikir yang baik-baik sahaja.
allahu. bersabarla. bulan2 posa ni maki2. baru sikit. esok dajjal mai, dunia gelap gelita, panas, mcm mana
kite kena faham ekonomi, untung rugi company kite xtau…bersyukur pasaray tu mmberi khidmat supaya sng kite nk mbeli kperluan.
Hello. Pasaraya tu bagi barang free ke? Diskaun 70%? Time PKP bisnes lain tutup pasaraya boleh berbisnes. Bisnes la bebetul. Bukan amik kesempatan jimat kos letrik time orang awam tgh desperate! Yang ko nak suruh bersyukur kat pasaraya tu dah kenape?
Apa yg nak kecoh2, kalau pasaraya tu tak buka aircon, pergi la ke pasaraya lain yg buka aircon.
Pasaraya bukan nya satu tu je yg di buka dlm tempoh PKP ni.
Lebihnya kepada sikap sendiri.