fbpx

Simpati Dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini Bidas Netizen

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini dilihat ada memuat naik video kenangan ketika bercuti dengan dua anaknya, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Namun, diruangan komen perkongsian itu ada netizen yang bersimpati terhadap bekas suami pelakon itu iaitu pemain bola sepak, Aidil Zafuan yang juga bapa kepada anak mereka.

BACA: Rita Rudaini Rimas Orang Sekeliling Sibuk Tanya Anak-Anak Tentang Bapa

Netizen itu berkata dia ada menonton live di TikTok dimana anak-anak Aidil ada menyebut nama abang mereka, Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Kata netizen itu lagi, tiada bapa yang tidak sayangkan anak mereka serta berharap Rita memberikan peluang kepada Aidil untuk bertemu dengan anaknya itu.

Seperti sudah dijangka, komen individu itu mendapat perhatian Rita yang tampil membidas netizen berkenaan mengatakan selama ini dia yang membesarkan kedua anaknya seorang diri dari kecil sehingga kini.

Kata Rita lagi, tiada siapa pun yang layak untuk mengambil nama anak-anaknya apabila mereka sudah dewasa dan bejaya kelak.

Dalam pada itu, Rita turut menasihatkan individu berkenaan supaya tidak menjadi terpaling ‘tahu’ mengenai kisah keluarganya.