Peminat Nampak Baby Bump, Ain Edruce Hamil?
Hampir 10 bulan mendirikan rumah tangga, pasti ramai yang tertanya-tanya bila Ain Edruce akan menimang cahaya mata. Baru-baru ini, videonya sedang menari yang dimuat naik di Instagram menjadi perhatian apabila kelihatan baby bump di perut.
Bagaimanapun, Ain enggan mengesahkan sama ada dia hamil atau tidak. Ujarnya, dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuknya dan akan berkongsikan mengenai perkara itu apabila tiba masanya nanti.
BACA: Selamba Minum Air Kumur, Ain Edruce Dilabel Pengotor
“Saya taknak komen apa-apa lagi. Namun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan baik- baik buat saya dan suami. Sampai masanya, saya akan berkongsi.
“Sekarang fokus saya masih lagi pada kerja. Alhamdulillah, rezeki saya makin bertambah selepas berumah tangga,” katanya kepada Harian Metro.
Ada yang mengecam video tariannya itu dan mendakwa dia suka menari terkinja-kinja di depan kamera, Ain berkata dia tak ambil tahu dengan komen-komen berbaur negatif yang dilemparkan netizen.
“Saya selesa hanya dikelilingi aura positif. Jadi, benda-benda yang negatif seperti komen ditulis dengan bahasa kurang manis, memang saya tak layan. Saya tak mahu rasa tertekan.
“Siapa tak sedih apabila membaca komen-komen yang kesat. Jadi, tidak mahu fikiran saya terganggu dan sakit hati, maka abaikan saja. Biarkanlah mereka dengan komen-komen itu,” katanya.
Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan mereka bertunang.
- SUMBER
- Harian Metro
Sooooooo.. What should we do now???
wah bgus dia ni..sbb jenis x sentap n marah2 kt netizen..ade artis tu ske menyalak je kje dia..
Bila perasaan malu dh xde dlm hati..
Retard.
Sedih tgok perangai kau Ain..
Laki kau x kisah ke kau terkinja2 mcm tu utk dilihat semua org?
Money cannot buy class
Dh mcm budak terencat je …