fbpx

Aliff Aziz Nafi Kahwin Untuk Tutup Kisah Lama

Keputusan penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz untuk mendirikan rumah tangga menyebabkan ada sesetengah pihak yang menyatakan bahawa perkara tersebut adalah bagi menyelamatkan dirinya daripada kisah silam di mana Aliff didakwa mempunyai anak luar nikah bersama seorang wanita.

BACA: Sekitar Majlis Pertunangan Aliff Aziz Dan Bella Astilah

“Biarlah sekiranya orang menganggap keputusan saya untuk mendirikan rumah tangga sebagai jalan untuk menutup kontroversi. Lagipun, perkahwinan adalah perkata baik dan tidak harus dilengahkan”

“Saya harus bersedia dari segi zahir dan batin untuk mengemudi bahtera hidup berkeluarga,” katanya kepada BH Plus. Sementara itu, Aliff juga dalam masa yang sama mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai kontroversi bahawa dia telah mempunyai anak luar nikah tersebut.

Tambah penyanyi itu lagi, tunangnya, Bella Astilla juga merupakan pendorong buat dirinya bersemangat untuk berubah kepada kehidupan yang lebih baik. Malah Aliff turut mengakui bahawa bukan mudah keluarga Bella untuk menerimanya yang terpalit dengan pelbagai kisah negatif. (rtky/s)