Ramai Nak Vaksin Di UKM Gara-Gara Daiyan Trisha, Ada Yang Sanggup Ambil Lebih 2 Dos
Nampaknya dalam tempoh pelaksanaan lockdown ini, ramai selebriti tampil menyumbang tenaga sebagai sukarelawan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), termasuk pelakon Daiyan Trisha.
Berkongsikan aktivitinya di Instagram menjadi sukarelawan di PPK Universiti Kebangsaan Malaysi, rata-rata netizen teruja dan mahu mendapatkan vaksin di sana. Tidak kurang juga ada yang berharap agar diberi peluang untuk menukar lokasi untuk mendapatkan vaksin di sana.
BACA: Pakai Baju Terbelah Di Dada, Netizen Tegur Daiyan Trisha Jaga Aurat
Dalam pada itu, Daiyan berkata dia tidak menyangka menerima respon positif daripada netizen. Ujarnya, dia sudah lama berhasrat untuk menjadi sukarelawan membantu petugas barisan hadapan.
“Kelakar juga apabila baca komen-komen netizen, namun hakikatnya sebelum saya sertai sebagai sukarelawan pun sudah ramai yang ada kesedaran nak ambil vaksin.
“Tapi mungkin belum berkesempatan dan masih menunggu panggilan di aplikasi MySejahtera. Apabila saya join mungkin ia boleh beri lebih kesedaran kepada orang ramai.
“Kalau mereka jadi lebih bersemangat nak datang ambil vaksin kerana Daiyan kat sana… kira bagus la. Sekurang-kurangnya dapat menyeru rakyat Malaysia untuk ambil vaksin. Alhamdulillah jika itu dapat membantu,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Motif yang netizen teruja sangat? Bukannya lawa pun, ternama pun tidak. Muka macam ni ko naik LRT pun berderet boleh jumpa.
Kannnn.. @feldegast.. xde la popular mne pn. Msa film busker still suam2 kuku.. lps modified muka baru lah org nmpak skit . ? yg komen beria2 tu sangap sgt ke.. ada lg yg cntik dr tu kot.
Tu lahhh . Xde la lawo mne sgt . Byk lg yg lawo. Popular pn sbb lps buat muka . Kalau x idok ler
Ya Ampuun…tajuk macam bangang…netizen pun macam bangang, setakat muka macam ni cashier kat Tesco lagi cantik…
Terus aku google muka asal dia. Hahaahhaah. Eh ya lah. Berbeza. Terus jd muka typical org2 yg masuk list buat facial operation n cucuk.
Sama pattern muka.apa2 pun klu nk tgk muka asal seseorang artis , tgk muka parents dia.wlau dah tua, blh tau iras asal lawa ke tak