fbpx

Bella Astillah Sebak, Masih Terkejut Suami Ditangkap Khalwat

Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya iaitu pelakon Aliff Aziz ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Menerusi temu bual Melodi, Bella dilihat sebak apabila ditanya mengenai perkara itu dan Didi meminta memberi ruang kepada kakaknya yang masih terkejut dengan kejadian melibatkan Aliff.

BACA: Tiga Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

@melodiberapi

Bella sebak bila ditanya tentang dakwaan suaminya ditangkap khalwat. Ikuti kenyataan daripada adiknya Didi Astillah #meloditv3 #bellaastillah #didiastillah #aliffaziz

? original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

“Bagi pihak Bella, saya tak nak beri apa-apa kenyataan tentang benda tu. Kalau boleh beri ruang pada Bella. Mungkin benda ni masih terkejut lagi,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff dan pelakon wanita itu enggan membuka pintu.

Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita itu.