fbpx

Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah, Da’i Farhan Boleh Dipenjara

Hampir seminggu kontroversi terpalit Da’i Nik Farhan hangat diperkatakan di media sosial selepas pendakwah itu mengumumkan perkahwinannya dengan seorang janda anak lapan kemudian menceraikan isteri pertamanya melalui WhatsApp.

Terbaru, pendakwah itu mungkin berdepan hukuman denda atas kesalahan melakukan poligami luar kebenaran mahkamah dan melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

BACA: “Letak Plat Lain Tak Mahu Orang Ingat Kereta Besi Buruk”

Farhan juga telah menceraikan bekas isterinya, Fatin Nurul Ain dengan talak satu tanpa kebenaran mahkamah. Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan media daripada rakan baik bekas isteri Farhan iaitu Ches Al Maliki.

“Nik Farhan mengamalkan poligami dengan berkahwin dengan Noorainul Naqim Mohd Radzi tanpa kebenaran mahkamah.

“Perbuatan menceraikan Fatin Nurul Ain dengan talak satu di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah.

“Kesalahan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam kenyataan itu turut menulis, perbuatan itu yang dilakukan sebagai individu yang merupakan ikon dan berlatar belakang agama, pendakwah dan selebriti agama menyebabkan undang-undang Islam dipandang hina.

Malah, kenyataan Farhan menerusi temubual eksklusif bersama sebuah portal hiburan turut disifatkan menghina agama dan undang-undang Islam.

Difahamkan, Llaporan itu dibuat di bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam semalam.