fbpx

“Letak Plat Lain Tak Mahu Orang Ingat Kereta Besi Buruk”

Nampaknya masih tiada kesudahan lagi kontroversi terpalit Da’i Nik Farhan dan isteri barunya, Dr Erin. Sebelum ini tular pendedahan seorang lelaki yang mendakwa isteri pendakwah itu ‘melarikan’ kereta Perodua Kenari miliknya.

Meskipun isu itu sudah pun selesai, namun timbul dakwaan Dr Erin menyembunyikan kereta yang dibeli itu dengan cara menukar nombor plat pendaftaran. Bagaimanapun, Dr Erin berkata dakwaan itu tidak sepatutnya timbul kerana kereta itu diletakkan secara terang-terangan di hadapan kedainya.

BACA:Lelaki Dakwa Isteri Baru Da’i Farhan Larikan Keretanya?

“Kalau curi saya buh dalam gudang jual spare parts apa yang patut. Tapi saya ni takut juga nak mati tak habis dengan manusia. Sangkut saya nanti.

“Saya pun letak kereta tu depan kedai saya je dekat dengan rumah tuan kereta, dengan harapan kalau owner lalu ternampak kereta dia sebab saya memang ada letak business kad saya dalam kereta tu,” katanya.

Menjelaskan dakwaan menggunakan plat palsu, Dr Erin berkata adiknya meletakkan nombor plat lain kerana tidak mahu orang lain fikir kereta itu adalah besi buruk.

“Nombor tu roadtax hidup lagi tapi memang selamatlah kereta tu. Tak ada orang curi dah bertahun dok depan kedai saya tu.

“Lani dah bayar habis, dia (owner) tak nak bagi juga geran sebab nak settle tukar nama. Tak apa kita ikut. Harap kereta tu akan bertukar nama sayalah. Harap owner betul-betul ikhlas. Amin,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki mendedahkan Dr Erin sudah pun membayar semula wang RM10,000 bagi melunaskan hutang tertunggak kereta tersebut.