fbpx

Jual Topeng Bocor, Dai Wan Tegur Aliff Syukri Berhenti Menipu

Semalam hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang memperdaya pengikut dengan menjual produk topeng muka tanpa mengikut piawaian sepatutnya. Perkara itu mendapat perhatian Dai Wan yang membuat terguran secara terbuka kepada Aliff.

Menerusi Instagram, Dai Wan berkata usahawan itu telah melakukan penipuan secara terang-terangan serta menyifatkan tindakan Aliff itu sebagai satu dosa besar dan haram dalam Islam.

BACA: Aliff Syukri Kantoi Jual Topeng Muka RM25 Tak Kalis Air

“Sesungguhnya Datuk Aliff Syukri telah menipu dengan Face Mask penjualannya. Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendustaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga.

“Perbuatan itu jelas haram dan jika dia teruskan maka dihukumkan pada zahirnya berdosa. Jika berterusan, maka ia akan menjadi bagian dari dosa besar, dia perlu bertaubat pada Allah dan meminta maaf pada semua yang telah mendengar marketing penipuannya.

“Jelas, air menitis dengan laju (Bocor) walaupun hanya diletakkan sedikit sahaja. Kemudian, cepat-cepat disorokkan ketepi bila tampak kebocoran berlaku disitu dan mengatakan ia produk berkualiti. Sudahlah jual produk yang defective , kemudian menipu dalam penghebahan penjualan pula,” katanya.

Jelas bekas peserta program Da’i itu lagi, produk yang dijual oleh Aliff berkemungkinan boleh mendatangkan bahaya kepada si pemakai dan meminta juwatan kosmetik itu berhenti daripada terus menipu dan segera bertaubat.

“Sesungguhnya anda telah mencipta rantaian dosa yang tidak terperi jika berniaga seperti ini.Face mask adalah sangat penting, untuk membasmi kuman atau virus dari orang yang memakainya.

“Datuk Aliff, sila hentikan penjualan produk Face Mask ini! Bertaubatlah kepada Allah swt, takutlah pada azab orang yang menipu dalam perniagaan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dai Wan turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan produk berkenaan dan belilah topeng muka mengikut piawaian dari badan kesihatan dunia.