fbpx

Aliff Syukri Kantoi Jual Topeng Muka RM25 Tak Kalis Air

Disaat negara dilanda COVID-19, ramai yang mula bimbang sehingga kebanyakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman habis dijual di pasaran. Susulan itu, ramai artis turut menjual produk tersebut bagi membantu rakyat mendapatkannya kerana stok sentiasa terhad.

Tidak ketinggalan, Datuk Seri Aliff Syukri juga turut memasarkan produk barunya iaitu topeng muka yang dikatakan kalis air dan dijual pada harga RM25 sekeping.

BACA: Aliff Syukri Dikecam Pegang Topeng Muka Tanpa Sarung Tangan

Menerusi Instagram Live, Aliff turut mempromosikan topeng muka tersebut bahawa ianya tidak boleh ditembusi virus COVID-19 kerana ia mempunyai dua lapisan. Dalam demonstrasi pertama, Aliff cuba membuktikan topeng keluarannya itu tidak berjaya ditembusi angin.

Netizen seterusnya mencabar untuk melakukan ujian kalis air sama ada topeng itu mampu menghalang air daripada menembusinya atau tidak. Namun, perkara tidak disangka-sangka berlaku apabila air bocor menembusi topeng yang dijualnya itu.

Susulan itu, netizen menyerang usahawa kosmetik itu serta mempersoalkan kualiti topeng muka berharga RM25 itu. Tidak hanya berhenti disitu, Aliff kemudian melakukan ujian sama ke atas topeng muka standard dan hasilnya membuatkan usahawan itu terdiam apabila topeng muka itu tidak bocor.

Seperti sudah dijangka, video tersebut tular di media sosial dan dihentam teruk oleh netizen. Malah, netizen turut meminta Aliff lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sesuatu produk dan buat kajian terlebih dahulu kerana bimbang menjadi mangsa kecaman netizen.

Dalam pada itu, netizen turut meminta supaya usahawan kosmetik itu berhenti menipu untuk mengaut keuntungan semata-mata kerana bimbang produk yang dijualnya itu boleh mendatangkan bahaya kepada pembeli.