(Sumber Gambar: TV3 & Minaq Jinggo The Ultimate Photographer)

Kenyataan Pian Cecupak beberapa minggu lalu yang menyatakan beliau ingin berubah bukan sekadar cakap kosong.

Ketika menghadiri majlis penghargaan ‘Tersasar Di Jalanmu’ anjuran Erma Fatima baru-baru ini, nampak perubahan ketara pada wajah Pian Cecupak.

Walaupun sudah tidak ada usaha untuk menjadi Dafi, Pian Cecupak sebenarnya lebih tampan dengan wajah normal beliau.

Kami pasti belum 100% collagen di’keluarkan dari wajahnya, namun jika azam begini di’sertakan dengan usaha, insyaAllah akan berhasil.

Orang-orang tua selalu berpesan, esok-esok jangan buat lagi ya Pian Cecupak — sayang wajah semulajadi.