fbpx

Taylor Swift Dan Justin Bieber Menang Besar Di Teen Choice Awards 2011

Teen Choice Awards 2011 baru sahaja habis dan nampaknya ikon budaya pop dunia Taylor Swift & Justin Bieber pulang dengan kemenangan besar.

Anugerah ini di’adakan untuk menghargai pencapaian dalam musik, filem, hiburan, sukan & juga fesyen melalui undian dari mereka yang berumur 13 hingga 19 tahun.

Taylor Swift yang masih popular di’kalangan remaja merangkul Ultimate Choice Awards selain 5 anugerah lain dalam pelbagai kategori.

Liam anugerah pilihan peminat remaja yang berjaya Taylor Swift gondol: Artis Wanita Pilihan Muzik, Artis Country Wanita Pilihan, Lagu Country Pilihan (Mean), Lagu Putus Cinta Pilihan (Back to December) & Ikon Karpet Merah Wanita Pilihan.

Buah hati anda semua, Justin Bieber pun tidak kurang hebatnya dengan 4 anugerah berjaya di’bawa pulang membuktikan Beliebers masih kuat di’belakang artis muda ini.

Senarai anugerah yang berjaya di’pungut Justin Bieber: Villain TV Pilihan (CSI), Artis Lelaki Pilihan Muzik, Jejaka Hangat Pilihan, Tweet Pilihan.