Sejak penularan wabak COVID-19 melanda di seluruh dunia, rata-rata penerbangan disekat malah kebanyakan negara menutup pintu sempadan buat pelancong luar.
Disaat ramai yang terjejas pendapatan susulan wabak tersebut, berbeza pula dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang menganggap wabak tersebut punca dia tidak dapat melakukan aktiviti membeli belah dan bercuti di luar negara.
BACA: Aliff Syukri Dipuji Hadiahkan Ibu Mentua Kereta Idaman
“Tolong pergi jauh-jauh…tolong. Kenapa kau nak datang dekat-dekat dengan aku. Kenapa kau datang dekat sini. Aku merayu dekat kau, tolong la jauh-jauh.
“Sebab kau aku terseksa. Sebab kau, aku menangis, sebab kau aku tak boleh nak jalan-jalan, tak boleh shopping, tak boleh nak ke luar negara. Orang semua tak boleh nak meeting.
“Tolong corona, tolong jauh, tolong pergi! Muncul…datang lagi, kenapa? Dulu dah baik-baik kau berambus, sekarang kau datang lagi. Tolonglah. Kita nak berniaga, nak hidup seperti sedia kala. Kalau kau tak nak pergi, aku halau kau, aku terajang kau, aku sepak kau,” katanya.
Bagaimanapun, seperti sudah dijangka perkongsian Aliff itu mengundang kecaman netizen yang tidak sensitif dengan keadaan sekarang sedangkan ramai yang terjejas sehingga tak cukup makan.