Wany Hasrita Terima Naskah Al-Quran Daripada Raja Arab Saudi
Beruntungnya Wany Hasrita menerima naskah Al-Quran hasil sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini. Difahamkan, Al-Quran tersebut meliputi pelbagai terjemahan bahasa termasuk Bahasa Melayu.
Menerusi Instagram Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), pengerusinya Dato Ahmad Tajuddin Idris mengaturkan pertemuan Wany dan ibunya bersama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.
BACA: Menari Dalam Muzik Video, Wany Hasrita Yakin Mampu Jaga Batas
Pertemuan tersebut adalah kesinambungan daripada jemputan haji yang diterima penyanyi itu dari kerajaan Arab Saudi pada tahun lalu.
Wany juga dilihat turut berkongsikan foto pertemuan itu serta meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Raja Salman di atas pemberian yang cukup istimewa itu.
Untuk pengatahuan ramai, sebanyak 20,000 naskhah Al-Quran sumbangan Raja Salman Abdulaziz Al Saud akan diagihkan pada tahun ini ke seluruh Malaysia sebagai penghargaan dan kasih baginda kepada rakyat.
- SUMBER
- Ohmymedia
Selamat Hari Raya Kak Wany Has. Moga gembira selalu
Cantiknya rita ni. Memang cantik dahla sopan bertudung tutup dada.. Moga rita kekal istiqamah. Suka tgk penampilan rita
Kak ita mmg cantik. Tahniah dpt hadiah dr org arab. Moga berjodoh
mcm mana nk dpt hadiah dari King of Arab Saudi ni. teringin sgt. utk artis wani sorang saja dpt ke. ada tak org lain yg dpt. untung nya dpt hadiah mcm ni. apa syarat nk dpt hadiah.
Ini baru betul derma dari Raja Arab.
Ak suka lagu baru si hasrita ni ala2 arab… Canggung… Kat mane hasrita dpt hadiah ni..
Dah knpe komen2 ni panggil wani ni rita??? Cam pelik.. Hahaha
Raja segala syaitan
aku sorang aje ke dengar suara wani mcm siti nurhaliza. selalu tersalah bila dgr lagu jamal tu, ingatkan dgn siti, rupanya dgn wani.